aku jatuh cinta padamu
aku teringat pasal cerita Ali Setan, bila si Ali katakan dgn Asmida, "inilah kali pertama aku jatuh cinta". waktu tu zaman2 sekolah uni.
jadi aku teringatkan kawan2 MCG aku.
bila diorang sudah berkawan dgn kawan pompuan dari mcg jugak, ada tak diorang kata, "inilah pertama kali aku jatuh cinta" atau paling tidak pun, "aku cintakan kau".
suspect tak.
sebab biasanya, "i love you" dan "i sayang u" yg selalu aku dengar.
tapi "i cintakan u" aku rasa memang lebih mendalam bunyinya.
sebab aku baru tadi cuba berlakon sorang kat depan komputer. bila aku kata kan "you, i sayangkan u". aku boleh rasa macam aku mengatakan begitu kerana aku ingin memeluk si pompuan dan menciumnya di dahi dan lepas tu, memeluknya se-eratnya bak bantal busuk aku.
lepas tu, aku try berkata, "i love you".
ok dia peh rasa macam agak mendalam rasanya. kalau nak sebut kekata tersebut mesti nak kena ihklas, sebab kalau tidak, rasanya macam hipokrit. tapi aku rasa macam, kekata tersebut bagaikan memberitahu si pompuan, "aku sukakan kau, serious girl. aku harap takde pompuan lain yg akan mencuri hatiku selain kau. (tapi tu hari aku tak sangka sepupu kau jambu gila ah! tapi takpe, just let my heart open big big. masih muda apa....)"
then i tried, "i dah mula jatuh cinta dgn u".
fuuuh, mendalam gila lah beb.
betul2 boleh rasa dihati punya, tak bedek.
dia peh feeling macam feeling2 new boyz peh lagu ah.
mcm si Tomok, kalau nyanyi, satu muka mesti ronyok lagi2 kalau dah masuk part "aku cinta", "aku rindu", "aku malu", "tapi aku mahu".
pendekkan cerita, perkataan "jatuh cinta" memang lah ajaib, kalau ditambahkan lagi dengan "aku sudah mula jatuh cinta dengan kau",
fuuuh tak boleh angkat. memang perasaan cinta kita, tak sorang pun tahu ketulusannya hanya Tuhan.
tapi aku percaya, hanya orang tulus ihklas cintanya terhadap kekasihnya yg berani melafazkan, "aku jatuh cinta padamu."
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home