Afiqq Blog

12 October 2006

Lupa?! Lupa Kau Peh Uncle!!!!!!!

semalam kerja... aiyah...
aku kena marah dgn encik dari provost. sebenarnya dia nak tegur aku pasal rambut aku panjang dan janggut aku tak shave. but before that dia tanya pasal kunci, kerana aku gunakan perkataan, "eh?" dia pun berkata yg aku kurang ajar dan dia nak lempang aku. tak faham? kalau tak faham tanya aku sendiri. aku tak mau tulis kat sini sebab fikirkan pasal kejadian tu dah sakitkan hati aku.

ADO(assistant duty officer) malam tu around 11.30pm suruh partner aku kejutkan dia, around 3.30am untuk menghantar makanan sahur ke tempat guards yang agak jauh dari CDA. waktu tu aku dah tidur pun sebab aku makan panadol, demam beb. sekali lepas sahur habis, ADO call ops room, aku yang angkat, dia tanya kenapa tak kejut dia. aku blur, aku kata biasanya kita tak kejut ADO, ADO bangun sendiri. abih dia macam suara fed up suruh aku call budak driver get ready makanan untuk di hantar ke tempat guards yg jauh tu. tapi sahur dah habis, budak2 guards semua melayu... takkan nak kasi dorang makan kan?

aku pun tanya partner aku lepas dia balik dari toilet. sekali dia kata, "alamak! aku lupa ah." baik ah. kesilapan lagi. ini kali kesilapan yang boleh meranapkan status aku. lagi2 aku corporal. alamak, ni budak macam nak matikan aku aje... kesabaran aku dah simpan kat dlm kocek pun. waktu pagi tu, dari kul 6.30am sampai 7.30am aku belah dari ops room, gi bilik yg takde orang boleh masuk punya, tidur kat situ. aku biarkan dia kerja sorang2 waktu pagi tersebut. aku dah "Lau Chao."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home