VCD Animasi Hapuskan Keboringan Anak2
dari semalam malam aku cuba nak habiskan puisi raya aku. tapi susah betullah. maklumlah, puisi tersebut harus ditulis tulus ikhlas dari hati. jadi bila orang membaca puisi tersebut (via sms), harap2 dapatlah mereka mengampunkan dosa2 aku terhadap mereka, InsyaAllah. akhirnya aku dapat habiskan lewat petang raya.
aku habis kerja sepatutnya pukul 8 pagi. tapi aku terpaksa tunggu sampai 8.30 pagi untuk tunggu pekerja yg lain untuk ambil alih, (taking over duty). that means i missed the solat aidilfitri. betul takde hati perut punya orang. oh yer, ada satu budak melayu dia buat guard duty pada hari raya. aku tanya dia ape hal, dia kata masalah kewangan. dia 'beli' guard duty dari orang lain pastinya. kesian dia.
hari raya kali ini sama jugak seperti hari2 yang lain, cuma kali ini, taklah ramai pengunjung datang ke rumah aku. maklumlah rumah aku ada nenek, jadi rumah aku ni headquarters bagi saudara-mara yang nak datang beraya.
nasib baiklah aku sewa cerita animasi, "Ice Age 2". bila budak2 yang duduk depan tv, diorang nampak boring bila sedang menonton Singapura Live: Edisi Raya. memang boring sebab mostly nyanyian saja, dari penyanyi yg samar2 kita kenal dan yang langsung tak kenal, semua dari Singapura. bukan aku support dorang, cuma aku kesian tengok budak2 naik boring tengok korang menyanyi. lagipun tengok orang nyanyi aje mana ada gereknya kan? lagi budak2. so bila Taufik Batisah habis nyanyi, aku pun bukak VCD citer Ice Age 2. Fuuh! budak2 ketawa terbahak2 tengok telatah binatang yg bodoh tapi cute, cuba nak genggam biji yang maha precious bagi dia. puas hati.
dan kerana the second day of hari raya aku off, aku sempat upload gambar2 yang aku petik dari digital kamera ku. sila-silalah tengok, manalah tau korang kenal ke, maklumlah dunia ni kecik. click disini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home