Konami (Geylang Serai) Limited
korang tau aper tu Konami? Haa! Konami adalah sebuah company yg mencipta Winning Eleven, game bolasepak yg terbaik, Metal Gear Solid, Dance2 Revolution dan bermacam2 lagi. bukan itu saja, kalau korang pergi kat tempat2 Arcade, banyak game2 yg gerek2 dibuat oleh Konami.
Bayangkan Konami decided yg dorang nak bukak company di, let say, Singapura, dgn sebab dorang nak cari idea2 baru dari orang2 melayu pulak. so bedek2 Konami pun bukak lah company dia kat Geylang Serai. Geylang kat tempat Melayu kan, jadi dorang akan terdedah dgn budaya2 melayu. jadi apakah game2 yg Konami boleh buat dgn menggunakan idea dari kehidupan budaya dan adat melayu?
Genre: Fighting.
Title: The Art of Pencak Silat
Info: Yeah! korang mesti dah try Street Fighter, King of Fighters dan Tekken kan? and since Konami so far aku check dorang takde fighting game seperti yg disebut, apa kata dorang reka game untuk pencinta seni Pencak Silat! different characters ada different fighting arts and skills. Pencak Silat ada banyak kumpulan2 Silat yg beraneka seni dan skills, seperti silat gayong, silat harimau, silat sendeng dan sebagainya. kita reka lah beberapa karakter untuk beberapa kumpulan silat dgn power skills mereka yg tersendiri, gaya silat yg tersendiri dan sebagainya. dari sini kita dan juga orang2 bukan melayu dapat mengetahui betapa kayanya seni pencak silat. Chedebah!
Genre: RPG
Title: Panglima Hang Tuah - Freedom for Malacca
Info: ni kira macam Final Fantasy gitu.starting, mesti mau ada history sikit. hang tuah akan berlawan dgn hang jebat untuk dapatkan Keris Taming Sari. setelah Hang Jebat mati, tiba2 Orang2 portugis datang nak menakluk Melaka! Sultan larikan diri, rakyat2 jelata sengsara kerana ramai dibunuh atau dijadikan hamba abdi. Hanya Hang tuah saja yg dapat selamatkan Melaka. so the game goes where hang tuah lawan orang2 portugis(walaupun dorang ada senapang, hang tuah ada Taming Sari beb! jadi susah sikit nak mati!), level up, dapat weapon2 baru, lagi best dapat kawan2 baru yg ingin berjuang bersamanya.
Genre: Sports
Title: Winning Trio South-East Asian Sepak Takraw Championship
Info: sepak takraw game yg tidak perlu menggunakan kaki dan bola takraw, instead menggunakan jari-jemari dan game controller anda. boleh dibuat sebagai game arcade. aku letak South-East Asian dan bukan International sebab Olympic Games tak ada sepak takraw. dalam SEA Games, sepak takraw satu2 nya sports yg popular.
so amacam? idea best kan? boleh buat? heheh. ni setakat angan2 aje. saja2 je aku tulis blog pasal game 'Melayu'. kan bagus kalau ada orang melayu yg boleh buat game se'terror' orang2 jepun dan amerika...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home