Afiqq Blog

19 May 2008

Kampung Melayu Geylang Serai Mahu Roboh?!

kau tau kenapa negeri burma tak mau orang2 luar masuk negeri dia, lagi2 orang PBB dari US? sebab dorang takut nanti spy2 US masuk dalam dan akhirnya memecahkan secret bahawa selama ini, korea utara ada nuclear plant kat burma. aku ada kawan kerja, orang sana. dia sendiri yg mengatakan orang ramai banyak yg dah tau pasal nuclear plant kat burma dan mereka pun dapat melihat plant tersebut. dorang tak boleh cakap aje. nanti kena bunuh.

sebab tu lah negeri2 lain yg sanggup nak tolong susah sangat nak masuk walaupun lagi2 US yg sanggup menelan belanja yg banyak untuk menghulur bantuan mangsa2 taufan Nargis.

dah baca pasal kampung melayu geylang serai?
setelah membaca keratan akhbar mengenai kampung melayu geylang serai, rasa sedih dan kecewa dibuatnya kerana apa yg ada kena mengena dengan hal ehwal melayu yg mundur pasti sedih dan ada kalanya memalukan. ada yg mengatakan, robohkan dan buat sebuah kompleks dimana satu sudut menyediakan seni dan budaya melayu. aku tak faham kompleks yg macam mana. tapi bunyinya macam shopping complex yg bertingkat2 seperti joo chiat complex . yang ada mengatakan ubahsuaikan saja.

aku masih ingat lagi bila pertama kali aku pergi sana, aku rasa seronok. sebab aku akan dapat merasakan kawasan kampung melayu yg sebenar. tapi bila dah kat sana, tak rasa sangat. yg banyak kat sana sekadar kedai2. mungkin sebab dulu aku ingat kampung melayu geylang serai is a big outdoor museum of kampung2 melayu. macam museum kat melaka tu. kalau tak salah dipanggil Taman Mini Malaysia is it? yg ada bermacam2 kampung dari different negeri with each has its own unique architecture of the kampung and inside the kampung you can also feel how the atmosphere of kampung feels like with all the barang2 and the orang2 patung yg berpakaian baju melayu. that's what i thought kampung melayu geylang serai was like. tapi gi sana, kampung2nya menjual ubat-ubatan melayu, vcd shop dan yg paling dahsyat, terus dikunci. tapi aku masih ingat lagi rumah temenggong yg rumah kampungnya tinggi disamping tangga batu. aku ingatkan betul2lah rumah temenggong punya museum, sekali tengok atas, temenggong restaurant kalau tak silap aku. alamak upset ah tu part.

kalau nak diubahsuai tempat tu menjadi a totally outdoor museum, i dunno, if it can work. look at Asian Village at Sentosa. habis tu tempat.

but the idea of making a shopping complex is good. but maybe make it like Pasar Seni kat kuala lumpur pun cantik jugak. its like a big giant kampung tapi kat dalam bermacam2 kedai berderetan menjual kraftangan melayu seperti kayu ukir dan lain2 dan mungkin adakan kedai2 yg menjual barang muzik melayu seperti gong, canang, kompang dan rebana. mungkin kedai repair rebana dan kompang, kalau2 kulitnya koyak mahu ditukar daripada membeli yg baru... amcam?

dan paling best, gerai yg menjual barangan2 untuk tarian seperti sanggul dan mungkin ada khidmat sewa barang tarian dan baju2 tarian pun orait jugak. bukan tu saja, kalau ada orang2 melayu yg menganggur tapi pandai main muzik, boleh gi duduk luar tepi kompleks dan dendangkan2 lagu rock balada. fuuuh baik kape. tapi kat luar komplex tu mesti mahu adakan gerai2 kecilan menjual keropok lekor, pisang goreng, ubi goreng, mee rebus, kuih-muih, chendol dan ice kacang. makanan dan minuman mesti mau ada, kerana orang singapura suka makan apatah lagi orang melayu.

so amcam, aku peh idea? aku suspect boleh punya. kalau kita tengok orang melayu yg muda2 sekarang, dorang pasti akan terlibat diri dalam seni melayu, tak kiralah tarian, dikir, silat atau kumpulan hadrah. bila dorang dah tua, dah tak minat lagi, yg muda2 akan sambungkan perjuangannya. dan dengan itu, orang melayu boleh ambil kesempatan ini membuat business menjual dan menyewa barang2 seni kerana seni melayu pasti perlukan perkakas, barangan, dan juga pakaian untuk berseni.

maka itulah, aku rasa ada baiknya juga dirobohkan kampung melayu geylang serai.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home