Afiqq Blog

21 May 2005

Lepaskan Geram, Kerana Duit

haiz...

besok FA cup. tapi aku takde SCV. terpaksa tgk kat marsiling dgn Man dan Darny kat sana. tapi duit aku dabis. tsk... terpaksa aku pakai duit bank sikit. tapi... aku chk duit bank aku makin kurang. ni yg buat aku seram. kalau mak bapak aku tahu, matilah aku. nak tunggu sampai aku masuk NS, dapat gaji, tu lama lagi. heran betul... kenapa lah ezlink aku ni cepat nah abis... takkan aku nak salahkan diri aku ni yg selalu aje gi nyp. kata minat dok, mestilah kena gi.

tapi, ada jugak baiknya aku hidup mcm ni. biarlah aku rasa betapa sukarnya hidup bila kesempitan duit. lagi satu, aku hidup bebas. aku boleh pergi kemana aku nak, cuma balik tak boleh lambat lah. maksud aku, aku ada masa untuk pergi kemana2 aku suka, aku boleh buat mcm2, kerana aku tak kerja. aku tak terikat dgn mana2 kompeni yg akan memerintah aku untuk melakukan sesuatu yg mereka inginkan. ya, aku mengerti, kwn2 aku yg terikat dgn benda2 ni semua, cukup bulan dapat duit. tapi, aku nak taulah, adakah hidup mereka happy? bila balik kerja ajer, adakah mereka akan tersenyum? adakah mereka akan tidur dgn lena kerana tidak sabar untuk bangun esok hari untuk bekerja? entah eh...

aku tgk adik aku, setiap kali dia balik kerja, muka dia nampak biasa. dia pernah juga complain dgn aku mengenai kejadian2 yg menimpa beliau sewaktu bekerja. tapi selepas itu, esok hari nya, dia pergi kerja seperti biasa. dia pernah beritahu aku, "adik masih terus rasa nak kerja kerana bukan kerana kerja nya, tetapi kerana colleagues2 adik kat sana yg akan selalu buat adik happy."

tapi dia tak complain kerja beliau sebagai cashier. tak boring ke, asyik kerja jadi cashier ajer? tapi dia kata dia gi kerja sebab dia enjoy kerja dgn kawan2 dia kat sana. jadi dia gi kerja kerana dia boleh dapat enjoyment dgn colleagues2 dia... wat the fcuk is dat? merepek!

aku belum lagi dgr dari kawan2 aku yg akan berkata, "i love my job! i love doing this job!" belum pernah... tapi itu yg aku ingin kejarkan. itu yg aku impikan. aku dah rasa kerja di office...its not my type of job. aku dah rasa kerja polish kereta golf. tu kerja senang, tapi pekerja2 di sana, orang2 tua, orang2 india yg dtg dari meysia. aku pernah berbual2 dgn mereka. tapi topik2 nya bukan topik2 yg aku suka perbualkan! lagipun aku tak biasa campur dgn mereka! kerana aku anak muda singapura! susah nak campur! mungkin korang tak mengerti apa yg aku rasa, mungkin korang rasa aku ni yg tak pandai buat kawan...yer! memang aku tak pandai buat kawan! lagi2 orang2 yg bukan seusia aku dan bukan orang singapura! aku tak boleh!

dah terlalu byk blog yg aku letak kat sini mengenai kerja, makin meluat aku dibuatnya. bukan aku nak caci org2 tua, atau org2 dari negeri lain atau kwn2 aku yg kerja sambil sekola. aku cuma nak lepaskan perasaan aku ajer.

apakah aku akan terus kan impian aku nak jadi director drama atau filem? entahlah. zaman sekarang, duit lah yg paling penting. tapi aku tak heran sgt dgn duit. aku nak buat kerja yg aku suka. tapi boleh ke aku dapat kerja sebagai director? boleh ke? betul ke impian aku nak jadi director? atau impian tu sebenarnya hanya angan2 saje?

aku takut, aku tak tau apakah masa depan aku sekarang ni. ok ok. aku rasa aku kena kuatkan diri aku dulu. orait, aku rasa aku kena abiskan NS aku dulu, mungkin selepas itu barulah aku boleh fikirkan lagi mengenai masa depan aku, impian aku...

Duit => kehidupan <= masa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home