Afiqq Blog

09 July 2005

Farewell...

aku keluar rumah hoping dat mak aku tak akan bising2 sebab aku keluar petang2. aku patut keluar sebab kawan2 aku ajak aku keluar. but somehow aku boleh keluar dgn senangnya...tak tau kenapa, mungkin ada alamat yg aku akan dapat sesuatu yg gerek malam itu.

sampai ke city hall kawan2 aku ajak aku pergi ke Sakura Restaurant kat Penin. Sebelum tu, satu dari kawanku memberi aku kasut keychain yg sungguh cute, dan tak sangka memang aku nak sangat keychain yg berupa kasut!

duduk di sakura, aku dihidangkan dgn makanan2 yg sedap2 belaka. ada sotong, ayam, ikan, kailan, tom yam dan macam2 lagi. aku sungguh gembira kerana dah lama aku tak makan hidangan yg sebegitu banyak sekali.

satu daripada kawan aku berkata beliau ingin mencari barang di Suntec. sebelum kita pergi ke sana, aku temankan kawanku yg lagi satu pergi ke Funan IT Mall untuk membeli cd-r kosong.

sampai ke Fountain of Wealth, kawan aku menuju ke Swensen's. aku terperanjat, takkan kawan aku ni nak cari barang kat situ? rupa-rupanya, beliau ingin menghidangkan ice-cream yg free untuk aku, memandangkan aku belum pernah jejak ke Swensen's, mereka lah manusia2 yg pertama mengajak ku ke sana! aku sungguh sungguh terharu yg teramat sangat! aku tak sangka mereka begitu baik sekali, tak sangka mereka sanggup keluarkan duit hanya untuk malam itu.

seperti biasa, ice-cream tak boleh lokek, mahal pulak tu, jadi kita pun suapkan satu sama lain. sungguh touching, orang kawin suap nasi each other pun tak lah touching macam kita.

setelah abis, kita duduk di tepi tangga dan menangis, kerana aku akan pergi ke NS, yg hairan nya, cara diorang nangis macam aku akan masuk NS dan mati di situ selamanya. tetapi aku mengerti mengapa mereka menangis. aku sendiri rasa rindu dgn mereka, aku kalau boleh nak sekola lagi dan teruskan hidup bersama mereka. tetapi di singapura, setiap lelaki harus menjalani perkhidmatan negara untuk menjadi seorang lelaki yg matang dan hensem.

percayalah, kawan2 ku ini memang telah merubah cara kehidupan ku, mereka menerima aku, walaupun aku ni tak kelakar, kadang kala kurang ajar, kadang kala bodoh dan gila, tetapi mereka anggap aku sebagai seorang kawan yg rapat sekali, bagaikan keluarga. sesungguhnya air dicincang tak akan putus. kerana kita sudah menjadi keluarga sejak tahun yg lalu lagi, peribahasa itu memang sesuai bagi persahabatan kita. aku tak pernah ada persahabatan serapat begini. inilah yg kali pertama, dan harap ia tidak akan menjadi yg terakhir.

Terima kasih:
Idah for the kasut boot keychain, Yana, Azila, Aishah, Farhan, Rafi for the treat at Sakura and Swensen's. tak lupa juga farhana dan adeq, korang lah pompuan yg paling jambu bila first time masuk mcg sama2.

Amalina, Hafyst, Nasir, Rest in peace guys.

Hanisah, Aida, Kak Aisya, Mat Nor, yati dan yg lain2 yg aku dah lupa nama mereka, walaupun tak jumpa lagi, jasa2 mu tetap dikenang.

raudha, marni, wediah, rinie, qai, raqiah, fadhil dan yg terbaru, fazlee dan elfi dan sape2 yg aku tertinggal nama mereka, aku sayangkan korang seperti mana korang sayangkan aku.

the tarian girls, wawa, maslin, baizura, raihan, dan lain2, korang memang jambu, kalau boleh aku nak kawin dgn korang semua.

silat nyp...thanks guys! kerana korang lah aku dpt perform kat Auditorium. kerana koranglah aku dpt finger senget dan tulang kaki aku mcm termasuk gitu. aku sayangkan korang juga, walaupun korang dah tukar logo baru. korang pun sama2 bodoh dan gila macam aku, sebab tu lah aku boleh click dgn korang semua. oh yeah, kerana korang lah yg mula dptkan tempat lepak paling gerek sekali, Phat Bird!

last kepada semua yg aku tak sebut nama korang, sori tau, bukan aku tak tau nama korang, aku lupa ajer, dan juga terlalu ramai pulak tu. aku harap bila aku kat luar nanti, bila aku nampak korang, aku akan pasti tegur korang ok.

again, for the malay cultural group members yg masuk sama2 time dgn aku, 2003... wak sayang kamu.

oh yer aku lupa, faisal dan heikal... amcam satu ari, kita pakai uniform kita, kita turun mcg room, amacam? mesti org tengok tergelak2 punya! ehehehehe