Afiqq Blog

08 April 2007

One KG of Chicken Wings only $4.80?!

tadi aku ikut mak bapak aku pergi Clementi sarapan kat sana. lepas tu kita pergi pasar basah nak beli apa yang patut nak dibeli. sekali aku fikir apa salahnya bagi beberapa informasi yang aku dapat bila pergi ke pasar.

info ini berdasarkan harga2 yang patut korang semua tahu bila nak pergi pasar. Lain pasar mungkin lain harganya. Yalah mana lah tau korang terasa ingin menjadi anak yg rajin, insaf tak mahu sakitkan hati mak lagi, ingin ringankan beban mak korang, ingin menjadi isteri mithali kepada suami tersayang atau pasangan muda yg baru bernikah secara terpaksa...

ikan. tak kira lah ikan apa, kalau sekilo 4 dolar dan ke bawah kira murah lah tu. tapi kalau 5 dolar keatas, tu kira ikan mahal. unless korang nak makan ikan2 yg sepower ikan Jepun lah.

kalau sotong pulak, sekilo $4 atau $3.50 biasanya. kalau sotong tu dalam ada dia peh telur, mungkin harga ada up sikit, $5 sekilo gitu.

udang laut pulak, harga biasa $7 hingga $9 sekilo. tapi kalau korang nampak udang yg harganya $5 sekilo, jangan beli tau. tu udang kolam punya. tak syiok. tak tau lah apa yg tak syiok sebab bapak aku kata tak syiok.

last but no least ketam. sekilo kira dalam 4 atau 5 ekor ketam gitu, $7.

oh tak lupa juga, ayam kepak sekilo, biasanya dalam 20 kepak, harga $4.80. lebih murah dari supermarket!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home