Afiqq Blog

06 June 2007

Jiranku Syaitan!

i wanna talk about jiran tetangga.
aku belajar yg jiran kita adalah saudara paling terdekat selain dari saudara-mara kita. sebab kalau ada apa2 yg terjadi pada kita, kita boleh mintak tolong dari jiran kerana mereka paling dekat. haa, part 'tolong' ni yang ada masalah.

imagine this scenario. jiran awak ketuk pintu awak nak mintak tolong. beliau kehabisan garam dan perlukan garam kerana dia sedang memasak dan tak sempat nak pergi kedai. kita dengan baik hati, kita pun bagilah semangkuk garam. kalau hari2 dia datang, bukan saja mintak garam, tapi kunyit, gula, halia, cili, susu, milo, oren jus pun si jiran mintak... haa macam mana?

lagi satu scenario, si jiran ni tak selalu ada orang di rumah dan budak2 bila balik dari sekolah, terpaksa bawak rumah kunci sendiri. jadi nak selamat, si jiran ni bagi kunci rumah bagi kita simpan. jadi tiap2 hari dalam pukul 1 petang, anak dia balik. ketuk rumah kita mintak kunci rumah. tiap2 hari ketuk pintu kita. lama2 jadi bingit dibuatnya, hari2 bunyi pintu diketuk setiap petang.

'Tolong' tu ada batasnya. janganlah jadi orang melayu bodoh, Bodoh. fikirlah betul2 adakah kita mintak tolong orang keterlaluan atau tidak sebelum nak mintak tolong.

keluarga aku ada jiran yg bermasalah sikit. dorang ingat hidup berjiran tu mesti kena tolong-menolong, sebab tulah dorang mintak tolong melebih2 seperti tolong simpankan kunci rumah, tolong jagakan anak yg masih sekolah kindergarten. tapi tu dulu lah. dorang dah tak kacau kita lagi, thanks to Nenek. waktu tu jiran tu mintak Nenek ajar mengaji untuk anak2 dia. Nenek aku menolak. terus jiran tu macam merajuk tak berbual lagi.

sebelumnya Mak aku pernah kasi warning kepada anak perempuan si jiran tu jangan berkawan dengan adik perempuan aku. sebab anak dia ni Minah Rep. sekarang dia dah pun kawin beranak satu. umur baru masuk 20an tahun.

kalau waktu maghrib, dorang karaoke. kita sembahyang. kalau waktu siang, dorang tidur, sampai anak2 dia ketuk gate pun mak dia tak dengar. yang kita pulak bukak lagu metal.

senang cakap kita dengan dorang ni macam dua dunia yg berbeza.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home