Rindu... Penyakit atau Nikmat?
rindu... perkataan ini kalau disebut memang sedap didgr. perkataan 'rindu' ni boleh mencantikkan lagi lagu2 melayu bila di nyanyikan. dan biasanya ia ditemani dgn perkataan 'cinta', 'kasih', 'sayang', 'hati' dan sebagainya. bila kita sebut 'rin', mulut kita bagaikan tersenyum. bila kita sebut 'du' mulut kita jadi moncong. bila kita cantumkan, mulut kita bagaikan tersenyum lalu ingin mencium. haa! perasan tak? try korang ambik bantal. letak bantal dekat2 dgn muka kita, lalu sebut 'rinduuuuuuuuu' part 'du' korang drag panjang2 dan letak bantal tu kat muka kita. heheehehe
tu baru sebutannya saje.
tapi bila kita terkena perasaan rindu, haaaa... boleh jadi gila, naik biul, menggeliat, tak boleh duduk diam, dan bermacam2 'penyakit' yg biasa kita lihat dan yg tak biasa kita lihat. jgn kata lagu jiwang; emo-punk, rock ballad, classical music, dondang sayang pun korang pasti shoot out loud punya, kan kan kan? tapi adakah ia bermakna perasaan rindu ni tidak baik? tak berguna? tak boleh diamalkan?
sesungguhnya perasaan rindu ni dtg dari Tuhan. perasaan rindu wujud dlm setiap manusia yg masih hidup. perasaan rindu tidak boleh dielakkan. tetapi ia boleh dikurangkan. sebagai contoh, berpuasa, sibukkan diri seperti main game, bersukan, bersuka-ria dgn famili tersayang dan lain2 lagi.
jadi kalau kita rasa rindu terhadap seseorang, kasi tau pada orang itu. jgn disimpan, kalau tidak, 'penyakit2' yg telah disebut tadi akan timbul.
tapi... kalau lah let say, kita dah bilang yg kita rindu kat seseorang, sekali itu orang mcm tak boleh accept lalu melarikan diri. alamak... kesian beb. too bad lah. ape boleh buat kan? tak bernasib baik. kalau dah kena gitu, senang aje, lupakan orang itu, cuba lagi. selagi masih ada esok, selagi tu lah kita boleh cuba. lagipun kat dunia ni ada ramai manusia, bukannya susah sangat nak sangkut kat seseorang. lainlah kalau korang tinggal kat planet Marikh.
tapi.. kalau kita tidak dpt lepaskan kerinduan terhadap seseorang yg tidak mau accept kita, tu maknanya kita kurang berfikir. kita bagaikan tidak mahu menggunakan akal fikiran kita kerana terlalu mengikutkan perasaan rindu. adakah perasaan rindu tu sedap dirasa? yer memang sedap. memang ia bagaikan satu kenikmatan. tu kalau orang yg kat sana rindukan kita jugalah. tapi kalau kita rindukan seseorang yg tidak merindukan kita... tu gila maknanya. tetapi kenapa ada sesetengah orang boleh jadi macam tu?
mengikut experience aku,
1) kerana masih sayang terhadap seseorang itu
2) kerana tidak dpt melupakan kenangan2 manis bila bersama seseorang itu
3) mengharapkan satu keajaiban dari Tuhan supaya seseorang itu akan berubah hati dan kembali (hoping for a miracle)
aku percaya, yg nombor 3 pasti ramai yg terkena. aku boleh bet, serius. dan ia adalah perbuatan yg betul2 tidak sihat. jadi pada sesiapa yg rindukan seseorang tetapi seseorang itu memang dah tak mau korang pun dlm hidup dorang, jangan nak mengharap-harap. boleh merosakkan diri kita. hidup kita jadi tak tentu arah, hidup kita akan menjadi kabur, tak selalu tersenyum, sentiasa dlm keadaan sedih dan negatif.
kepada sesiapa yg terkena dgn perasaan rindu yg tidak terbalas rindunya, sesungguhnya masih ada orang lain yg ingin merinduimu, masih ada orang lain yg mungkin kita tidak tahu telah lama merindui diri kita dan mungkin ada diantara kawan kita yg "merindui" kita lebih dari kita merindukannya.
so...amacam? dah dpt pelita dari kekata2 aku yg tidak seberapa ni? kalau dah dpt, syukurlah. kalau belum, let me remind u, gunakan akal fikiran mu, bukan perasaan mu.
1 Comments:
best regards, nice info Penis wrestler Ideas for handmade wedding card invitations quit smoking drugs.com Jimmy's heating & cooling Asian top models levaquin removal how to get rid of cybersitter jamaican dresses
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home