Afiqq Blog

25 August 2005

POP oh!!!

yes ah! 7 minggu aku di BRTC (basic rescue training centre) telah pun selesai! kini aku akan menunggu posting aku pulak next week.

bila aku tengah kemas2 bunk aku, bunkmates aku tgh bebual pasal time kita jumpa pada awal2 nya. bagaimana kita buat kawan, kita bebual pasal budak2 yg berdengkur macam motorboat, bagaimana kita kena sabo dgn bunk lain dgn dicampakkan air ke muka, aku pulak ada orang letak bantal kat muka aku. tapi aku tak perasan lah. tak mati pun. Sambil kemas tu aku tgk wardrobe aku, sudah hampir kosong. aku tgk sekeliling bunk aku, aku tgk toilet, aku gi balcony, tgk kat luar... rasa macam sedih pulak, sebab nak tinggalkan tempat tu punya pasal kan. tapi bila aku fikirkan pasal platoon mates aku, yg ada yg aku benci dan tak berkenan dgn perangai dorang, fikiran aku terus berkata, "baliklah lincah!" hehehehe

adik aku da dpt dia punya laptop dia dah. aku tolong install kan MS Office. abih aku nak install game ah, adik aku at first macam tak suka lah, tapi kerana aku mendesak dia yg aku tak akan install kan MS Office kalau dia tak kasi aku install game, "Call Of Duty", akhirnya dia mengalah. bila dah install, intro game tu bergerak, cantik ah. tapi bila nak main game, tak boleh pulak. alamak. bingit ajer. dah lah, aku rasa baik aku beli original punya lagi bagus lah. dah lama aku teringin sgt nak main game tu.

dah lah. aku nak tgk cerita Inuyasha. selamat ah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home