Teater Dibuat Sekolah lagi Murah Tiketnya
sebenarnya semalam aku tengok tv channel Suria ada satu certia ni cakap pasal Bangsawan. dulu2 orang melayu suka tengok teater Bangsawan, tu pun pada waktu tv dan filem belum masuk kacau daun. bila filem melayu muncul, Bangsawan makin lama makin tak popular lagi.
selepas itu dalam lewat 70an dan 80an kalau tak silap, teater melayu jadi popular. mungkin sebab ada perubahan dalam teater yang berunsurkan kemodenan hidup seharian kita pada waktu itu sebab tu masyarakat melayu ramai pergi tengok. atau mungkin dulu cerita2 kat wayang
bila dah masuk 90an sehinggalah sekarang, teater melayu merosot pulak. yang ni aku rasa sebab masyarakat melayu dah bosan dengan konsep teater melayu sekarang ni yg tak ubah2 sejak teater melayu menjadi popular pada tahun 80an tu. mungkin teater melayu perlu perubahan baru?
actually bukan pasal perubahan, bukan pasal teater melayu dah tak interesting lagi atau bukannya dorang dah tak ada idea nak buat cerita2 lagi. tetapi marketing strategy! adakah kerana orang melayu tak banyak ahli2 marketer untuk me'market'kan teater melayu secara profesional? mustahil. aku ada jugak kawan2 melayu yg belajar bisnes, tak ramai tapi ada jugak. lagipun orang bukan melayu pun boleh jugak tolong apa, tak semestinya kena orang melayu.
abih, kerana duit? haaa... kalau bab duit ni, aku no komen.
atau... kerana orang melayu yg bergiat dalam teater ni semuanya sombong2, action pandai dan macam paham? dorang tak perlukan pertolongan sesiapa, dorang rasa words of mouth dapat sebarkan mengenai persembahan mereka seterusnya?
aku ni memang minat tengok teater. lagi2 teater melayu sebab suasananya berlainan dengan tengok wayang. tapi macam susah gitu nak cari tarihk2 persembahan di internet mahupun di suratkhabar, unless kalau teater tersebut kasi advertise heavy2 punya. tapi tu bermakna tiket gerenti maheeel. aku ni Haji Bakhil sikit. kalau tiketnya dah mencecah $10 aku menggigil sikit. maklumlah belum ada kerja tetap lagi, waktu tu masih bersekolah dan sekarang masih NS. entahlah bila nak game NS aku ni.haiz.
jadi opinion aku, kalau nak kasi masyarakat melayu tahu pasal persembahan2 terbaru, sebar2kan lah kat suratkhabar, kalau ada lebih rezeki, letak kat TV, atau yg paling murah dan free, advertise lah kat internet. dan lagi satu, biarlah tiketnya berpatutan. oh lagi satu, informasi persembahan mesti mahu lengkap, lagi bagus letak nombor perkhidmatan bas yg dapat pergi ke tempat teater tersebut. haa! yang sekolah2 pun samalah! lebih2kan advertise sebab aku pun suka tengok teater yg dibuat dari sekolah2 seperti poly2 dan institusi2 tinggi.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home