Afiqq Blog

01 May 2004

Keramat di Fort Canning

aku ada baca buku ni "Antara Dua Kota" yg mengisahkan mengenai Munsyi Abdullah. Tapi yg paling gerek yg buku perbualkan adalah mengenai keramat Iskandar Syah.

Keramat Iskandar Syah ini dipercayai makam seorang raja Singapura pada zaman silam, pada abad ke 13 atau 14. Singapura telah diperintah oleh lima orang raja, tetapi sehingga kini belum ada persetujuan dan rumusan yg pasti mengenai siapakah yg bersemadi di makam itu.

Pihak Museum Philatelic telah membuat pengumuman bahawa makam itu adalah Parameswara (Iskandar Syah). Tetapi di dlm Sejarah Melayu, ia telah menjelaskan bahawa beliau meninggal dunia di Melaka, bukan Singapura.

Sejarah Melayu menjelaskan yg empat raja Singapura telah meninggal dunia di Singapura dan telah disemadikan di Bukit Larangan. Ini telah disahkan oleh Munsyi Abdullah, Raffles dan Crawfurd. Iskandar Syah diriwayatkan wafat di Melaka. Di antara 4 raja yg wafat itu, Sri Tri Buana (Sang Nila Utama) diceritakan mempunyai kuasa luar biasa. Oleh itu kemungkinan besar beliau dianggap keramat oleh rakyatnya atau generasi seterusnya, berbanding dgn raja-raja lain. Jadi buat masa ini, belum ada bukti-bukti konkrit yg menolak kenyataan ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home