[Take note: Ni cerita dah lama dah. Ini cerita kalau tak salah dated at the fourth week of December 2003]
practice hari ni, aku datang lambat, one hour late, masuk club room, budak2 punya muka semua muram. sebabnya, arrafi dan heikal nak back out dari pentas pujangga. sebabnya ialah committment. hanisah dan hafiz kata kalau majority nak back out, dorang ikut serta. mujurlah ada jugak budak2 yg tak mau back out, iaitu aku, aida dan farhana.
waktu hanisah tgh berbual mengenai masalah tersebut, aku tak ambil perhatiannya kerana aku malas nak dengar problem2 ni semua, kalau boleh aku nak terus practice aje. tiba2 hanisah marah aku, "Wak, kau kata kau commited untuk pentas pujangga tapi kau datang lambat, apa ni?!!!". Aku rasa sedih, sakit hati dan benci... dan aku mula nak menitiskan air mata sebab aku sungguh pilu sekali apabila aku kena marah dgn hanisah. aku keluar, terus nangis... hafiz datang cuba nak tenangkan aku, aku nangis lagi teruk.... sakit hati... aku betul sakit hati, susah aku nak describe.
waktu practice, aku cuba elakkan diri aku untuk berbual atau pandang kat hanisah. tapi bila aku nak lakon part yg ada hanisah, aku cuba act selamba aje... takkanlah aku nak tunjuk aku punya merajuk dan benci depan dia pulak... buat malu aje....
aku beritahu hal2 yg terjadi tadi pada adik aku. dia kata aku ni emotional sangat, kena marah ngan pompuan pun nak nangis. seriously, memang aku rasa macam nak nangis. air mata aku dah kat luar biji mata aku, bila2 masa aje air tu boleh keluar... aku rasa memang hati aku ni lembut ah. kena tegur sikit aje, dah nak nangis, heheeheh, teruk nya aku ni.....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home