Raffles Jahat
haa! ini cerita pun gerek jugak bila aku baca buku "Antara Dua Kota". Ada satu profesor ni yg bernama Syed Hussain al-Attas, waktu itu beliau adalah ketua jabatan pengajian melayu di NUS, membuat buku "Thomas Stamford Raffles, 1781-1826, Schemer or Reformer?" mengenai Raffles dari pandangan beliau . Raffles telah disifatkan sebagai manusia yg tidak berperikemanusiaan dan kejam.
Contoh pertama: Sesudah Belanda kalah di tangan British di Java pada 16.8.1811, sebyk 24 orang Eropah, 63 orang Jawa dlm kubu Belanda di Palembang, telah dimasukkan ke dlm sebuah bot dan mati lemas di sungai. Mereka yg terbunuh ini telah dijanjikan akan dihantar ke Batavia tetapi telah dibunuh beramai-ramai atas arahan Raffles.
Contoh kedua: Raffles telah membantu kawannya, Alexander Hare, menubuhkan sebuah penempatan British di Banjarmasin sehingga memperolehi tanah seluas 1400 batu persegi, iaitu lebih 6 kali ganda luas Singapura, dan beliau telah menghantar tawanan dari Jawa - 907 lelaki, 462 wanita dan 123 kanak2 ke sana. Para wanita tersebut telah diculik semata-mata kerana Raffles mahu menolong kawannya membuka penempatan di sana.
Percaya atau tidak, itu sendiri punya hal ah.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home