Afiqq Blog

13 January 2004

aku punya new metal band, clockwork seven, masuk band competition kat jurong green Community Club yg dipanggil, BandAge 2004. Competition ni kena main lagu original. Jadi kita main lagu "Towards The Way". Lagu ni direka 2 tahun yg lepas. Lama kan? Tapi sekarang, lagu ni aku tengok dah banyak perbezaan, dulu aku nyanyi lagu ni sambil main gitar, sekarang kita ada dua vocalists untuk menyemarakkan lagi lagu ni. Dgn meletakkan beberapa styles kat dlm lagu ni, overall lagu ni, aku boleh katakan lagu ni memang gerek! 11 Jan 2004, Prelims. Daripada 10 band, dorang naikkan pada 12 band bagi finalists kerana banyak band2 yg bagus2. clockwork seven dapat masuk finals! We were the 11th band to be called!

Pentas Pujangga. Tinggal lagi 2 minggu aje. Malam tadi, budak2 ada bawak keyboard! waah, gerek, lagi2 farhana punya. Syiok man! ACting part dah ok dah. Cuma Fadley, aktor baru kita, ada masalah memorizing skripnya. Abih kitorang berbual pasal kapal. Mcm2 idea diorang keluarkan untuk membuat the front part of the ship only. pakai styrofoam dan plywood adalah yg utama diorang bagi idea. padahal pakai cardboard lagi senang dan sangat murah. Dorang kata nak pakai wedge, nak sumbatkan dgn kayu panjang lah dan lain2 lagi. Part dorang discuss pasal kapal ni yg buat aku naik boring sekali. Sebab dorang fikirkan idea2 yg susah nak buat dan mahal. Terus end up Aida bingit sebab kena kacau dgn Fadley. Terus discussion mati. Apalah fadley ni. SI hanisah pun nampak macam nak bingit jugak.

bila kitorang nak balik, aku berbual pasal budak2 ni yg sikit2 nak marah, sikit2 nak bingit. budak2 lelaki yg gi cari cardboard tu, semuanya agree (All of them from silat NYP!). sebab banyak silat performance yg kita buat, waktu practice tak ada pun yg bingit ke, marah2 ke, kena kacau sikit dah merajuk... Tapi kalau arts performance ni (tarian dan drama), mesti stress. entah kenapa entah. yg selalu stress Aida. Oklah tak boleh dinafikan dia yg paling sibuk dlm pentas pujangga ni. Tapi hanisah pun lagi satu, aku dah kena marah dgn dia pasal datang lambat. Dia pun marah Fadley sebab dia tak serius dan membuang masa dgn joke dia, heheheeheh! Aku rasa macam kena paksa lebih daripada interested.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home