Afiqq Blog

09 October 2005

Apa Masalahnya Ni?

kalau ada keresahan atau perkara yg agak rumit untuk dibicarakan, jangan disimpan dihati. ia boleh memakan diri.
tetapi kalau ada keresahan atau perkara yg agak rumit terhadap seseorang, jangan berdiam diri. kerana bukan saja diri kita yg termakan, tetapi orang itu juga akan termakan dirinya.

aku tak cakap pasal daging kambing ke dendeng madu eh. aku cakap pasal masalah. tak kira masalah kecil maupun besar. masalah boleh merosakkan kehidupan kita kalau dibuat bodoh atau tidak ditangani. tetapi kalau kita ada masalah terhadap seseorang, terpaksa ditangani bersama2 beliau. barulah hidup kita senang, tak payah nak difikir2kan sampai ia boleh membebankan kehidupan kita.

kalau masalah kita tu kecil, kita rasa boleh saja letak ketepi dan mudah-mudahan ia akan hilang. tu tak betul eh, masalah kecil bila disimpan lama2, boleh menjadi besar. lagipun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home