saturday, 24 jan 2004. pukul 7.15 pg aku dah sampai di sekolah. budak2 BM dan budak2 kita sedang mengeluarkan barang2 dari bilik. bila aku masuk bilik, nampak hanisah, tengah check barang2 yg kena bawak. setahu aku, dia nak jumpa kat clementi terus. mungkin sebab dia nak tolong kita lah agaknya. tapi walau mcm mana pun, hati aku rasa macam tak sedap hati gitu. yelah, barang2 dan props memang important. kalau satu benda tak bawak, maka mala petaka lah kita. Barang2 semua dah bawak masuk ke bas dan kita pun berangkat.
pukul 8.30++, sampai di UCC (University Cultural Centre), props yang besar2 dibawa masuk ke backstage. fuuh! besar tempatnya! kita pun dibawa masuk ke dressing room kita! gerek! lawar!
kul 11++ kita makan epok2 yg disediakan NUS. lepas tu kita ada rehearsal, tapi ia tergendala seketika. jadi participants dapat 10min of rehearsal kat stage aje. yang heran, SP dapat rehearse full!
kul 8mlm++ mula lah Pentas Pujangga. Intronya, Fadley ada idea nak joget bila keluar stage waktu Mukaddimah nya. sebelumnya kita practice kat corridor luar dressing room kita, hanisah ada lah bagi idea, geleng2 kepala ngan gelek2 bontot, Mizi nak buat macam gangster zaman dulu2 gitu. tapi end up kita ambik idea Fad, kerana very fancy dan senang nak buat. Tapi aku rasa macam susah gitu nak buat. Malu sak!
aku tak tau pukul brape waktu tu, tapi bermulalah kita punya drama. bila bukak aje curtain, aku terdengar orang pekik, "baik nisa!". aku pun masuk line aku. "Cis!!!" aku ternampak air liur aku terbang! hahah. bila part hanisah tikam amalina, audience ketawa! entah tak tau apsal. masuk part AL-Fanso(Fadley), orang ketawa kerana accentnya yg step orang putih dan yg paling kelakar bila dia kata, "Melayu Bodoh!".
Same thing happen bila Fernando (Hafiz) membaca surat kepada Al-Fanso. waktu tu aku macam nak ketawa sama2 dengan audience. tak taulah kenapa rasa mcm kelakar gitu.
Pentas Pujangga dah nak abis. all participants nak kena masuk ke back stage. aku dan Zul sempat gi makan sekejap kat bilik makan. Dia dapat tahu pasal BM-RA conflict dari Aida. aku explain cerita yg sebenar.
Semua participants dah masuk ke stage, aku kat belakang dah macam takut2 sebab best script dan best arahan, kita tak menang. first saguhati, TP dipanggil. aku dah rasa macam happy sikit sebab dorang lum panggil aku lagi. aku pergi ke depan jadi senang nak ambik prize, sekali dorang panggil NYP! aku tercakap "Fuck" tapi pelan. aku pun ambik prize nya dgn senyuman yg bedek. aku ke belakang, muka muram. balik ke bilik aku nampak Wan menangis sekejap. Sedih aku tengok dia. aku tahu, semua fikirkan kita boleh dapat 1st, 2nd atau 3rd. tapi saguhati pulak yg kita dapat.
waktu nak kemas2, hanisah mula dia punya marah2 dia. dia suruh aku take care prize nya. aku anggukkan kepala aku. aku pun kemas barang aku jap. tiba2 dia macam buat muka marah dan mengambil prize tu. aku macam nak tengking kat dia gitu! aku pun naik marah bila dia buat gitu. tapi aku dah penat nak cakap. pastu, aku bawak 'kapal' dgn amalina keluar dari loading bay, dlm perjalanan tu aku macam hentak2 kapal tu kat pintu2, pasal aku nak cepat, tiba2 hanisah bukak mulut! "Macam mana buat kerja ni!" itu aje yg aku ingat apa yg dia kata! aku pun naik marah lagi. aku tengking kat dia, "lagipun benda ni dah nak buang apa!". Damn it! boring siak. Bila dia nak tukar perangai jangan nak cepat marah2, frust dan tension ni....
aku balik ngan mak aku. mak aku kata aku bagus, aku teringat yg Zul kata banyak orang pekik, "baik taufiq" dan "baik Wak!". sungguh happy aku dibuatnya. tapi bercampur sedih jugak sebab penat2 aku buat benda ni semua. akhirnya dapat saguhati. sedih aku. sekian.......
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home