Afiqq Blog

31 January 2004

This saturday aku nanti gi jamming ngan Clockwork 7 kat Lee jam studio. dorang nak bawak lagu baru untuk BandAge Comp. 'Home Again', yang direka oleh izzam (drummer) telah di ubah suai menjadi lebih agresif dan mantap dgn unsur2 new metal dan System of a down. Pasti gerek punya! Aku harap Man dan Darny tak akan rasa bosan dgn Comp ini next week.

27 January 2004

aku gi google.com pastu aku type 'pentas pujangga' and guess what, aku dapat tahu si nisa nursing pun ada blog rupanya! hehehe. best ah buat kerja gini. aku pun baca budak2 lain punya blog mostly mengenai pentas pujangga. so far, satu dua yg kata pentas pujangga ok-ok ah. yang satu ni lagi teruk, dia kata dia tak faham puisi2 ni semua, harapkan suasananya gerek. kesian budak2 macam gini. yang satu ni kata drama2 lain tak faham cuma SP aje yg dia faham, hmmm... no komen!

apasal byk budak2 punya blog semuanya dlm bahasa inggeris ni? dan kenapa aku punya dlm bahasa melayu ni? kenapa eh? sebab... cikgu aku dulu pernah berkata,
"Tiada Bahasa, Tiada Bangsa". sekian

26 January 2004

saturday, 24 jan 2004. pukul 7.15 pg aku dah sampai di sekolah. budak2 BM dan budak2 kita sedang mengeluarkan barang2 dari bilik. bila aku masuk bilik, nampak hanisah, tengah check barang2 yg kena bawak. setahu aku, dia nak jumpa kat clementi terus. mungkin sebab dia nak tolong kita lah agaknya. tapi walau mcm mana pun, hati aku rasa macam tak sedap hati gitu. yelah, barang2 dan props memang important. kalau satu benda tak bawak, maka mala petaka lah kita. Barang2 semua dah bawak masuk ke bas dan kita pun berangkat.

pukul 8.30++, sampai di UCC (University Cultural Centre), props yang besar2 dibawa masuk ke backstage. fuuh! besar tempatnya! kita pun dibawa masuk ke dressing room kita! gerek! lawar!

kul 11++ kita makan epok2 yg disediakan NUS. lepas tu kita ada rehearsal, tapi ia tergendala seketika. jadi participants dapat 10min of rehearsal kat stage aje. yang heran, SP dapat rehearse full!

kul 8mlm++ mula lah Pentas Pujangga. Intronya, Fadley ada idea nak joget bila keluar stage waktu Mukaddimah nya. sebelumnya kita practice kat corridor luar dressing room kita, hanisah ada lah bagi idea, geleng2 kepala ngan gelek2 bontot, Mizi nak buat macam gangster zaman dulu2 gitu. tapi end up kita ambik idea Fad, kerana very fancy dan senang nak buat. Tapi aku rasa macam susah gitu nak buat. Malu sak!

aku tak tau pukul brape waktu tu, tapi bermulalah kita punya drama. bila bukak aje curtain, aku terdengar orang pekik, "baik nisa!". aku pun masuk line aku. "Cis!!!" aku ternampak air liur aku terbang! hahah. bila part hanisah tikam amalina, audience ketawa! entah tak tau apsal. masuk part AL-Fanso(Fadley), orang ketawa kerana accentnya yg step orang putih dan yg paling kelakar bila dia kata, "Melayu Bodoh!".
Same thing happen bila Fernando (Hafiz) membaca surat kepada Al-Fanso. waktu tu aku macam nak ketawa sama2 dengan audience. tak taulah kenapa rasa mcm kelakar gitu.

Pentas Pujangga dah nak abis. all participants nak kena masuk ke back stage. aku dan Zul sempat gi makan sekejap kat bilik makan. Dia dapat tahu pasal BM-RA conflict dari Aida. aku explain cerita yg sebenar.

Semua participants dah masuk ke stage, aku kat belakang dah macam takut2 sebab best script dan best arahan, kita tak menang. first saguhati, TP dipanggil. aku dah rasa macam happy sikit sebab dorang lum panggil aku lagi. aku pergi ke depan jadi senang nak ambik prize, sekali dorang panggil NYP! aku tercakap "Fuck" tapi pelan. aku pun ambik prize nya dgn senyuman yg bedek. aku ke belakang, muka muram. balik ke bilik aku nampak Wan menangis sekejap. Sedih aku tengok dia. aku tahu, semua fikirkan kita boleh dapat 1st, 2nd atau 3rd. tapi saguhati pulak yg kita dapat.

waktu nak kemas2, hanisah mula dia punya marah2 dia. dia suruh aku take care prize nya. aku anggukkan kepala aku. aku pun kemas barang aku jap. tiba2 dia macam buat muka marah dan mengambil prize tu. aku macam nak tengking kat dia gitu! aku pun naik marah bila dia buat gitu. tapi aku dah penat nak cakap. pastu, aku bawak 'kapal' dgn amalina keluar dari loading bay, dlm perjalanan tu aku macam hentak2 kapal tu kat pintu2, pasal aku nak cepat, tiba2 hanisah bukak mulut! "Macam mana buat kerja ni!" itu aje yg aku ingat apa yg dia kata! aku pun naik marah lagi. aku tengking kat dia, "lagipun benda ni dah nak buang apa!". Damn it! boring siak. Bila dia nak tukar perangai jangan nak cepat marah2, frust dan tension ni....

aku balik ngan mak aku. mak aku kata aku bagus, aku teringat yg Zul kata banyak orang pekik, "baik taufiq" dan "baik Wak!". sungguh happy aku dibuatnya. tapi bercampur sedih jugak sebab penat2 aku buat benda ni semua. akhirnya dapat saguhati. sedih aku. sekian.......


18 January 2004

aku tak ada cerita gerek ah. cerita yg korang tak tanya aje yg aku ada. bagi pentas pujangga, kita dah buat 'kapal'. its only the front part of the kapal aje. tapi tak sangka beberapa budak tidur satu hari untuk cat 'kapal' tersebut. HAndal! Fadly ni, mcm2 idea yg kita fikirkan, dia jadikan. pertama, dia buat steering wheel 'kapal'. abih dia ada beli styrofoam yg berbentuk cylinder dijadikan Cannons! orang kalau ada duit, semuanya jadi punya.

13 January 2004

aku punya new metal band, clockwork seven, masuk band competition kat jurong green Community Club yg dipanggil, BandAge 2004. Competition ni kena main lagu original. Jadi kita main lagu "Towards The Way". Lagu ni direka 2 tahun yg lepas. Lama kan? Tapi sekarang, lagu ni aku tengok dah banyak perbezaan, dulu aku nyanyi lagu ni sambil main gitar, sekarang kita ada dua vocalists untuk menyemarakkan lagi lagu ni. Dgn meletakkan beberapa styles kat dlm lagu ni, overall lagu ni, aku boleh katakan lagu ni memang gerek! 11 Jan 2004, Prelims. Daripada 10 band, dorang naikkan pada 12 band bagi finalists kerana banyak band2 yg bagus2. clockwork seven dapat masuk finals! We were the 11th band to be called!

Pentas Pujangga. Tinggal lagi 2 minggu aje. Malam tadi, budak2 ada bawak keyboard! waah, gerek, lagi2 farhana punya. Syiok man! ACting part dah ok dah. Cuma Fadley, aktor baru kita, ada masalah memorizing skripnya. Abih kitorang berbual pasal kapal. Mcm2 idea diorang keluarkan untuk membuat the front part of the ship only. pakai styrofoam dan plywood adalah yg utama diorang bagi idea. padahal pakai cardboard lagi senang dan sangat murah. Dorang kata nak pakai wedge, nak sumbatkan dgn kayu panjang lah dan lain2 lagi. Part dorang discuss pasal kapal ni yg buat aku naik boring sekali. Sebab dorang fikirkan idea2 yg susah nak buat dan mahal. Terus end up Aida bingit sebab kena kacau dgn Fadley. Terus discussion mati. Apalah fadley ni. SI hanisah pun nampak macam nak bingit jugak.

bila kitorang nak balik, aku berbual pasal budak2 ni yg sikit2 nak marah, sikit2 nak bingit. budak2 lelaki yg gi cari cardboard tu, semuanya agree (All of them from silat NYP!). sebab banyak silat performance yg kita buat, waktu practice tak ada pun yg bingit ke, marah2 ke, kena kacau sikit dah merajuk... Tapi kalau arts performance ni (tarian dan drama), mesti stress. entah kenapa entah. yg selalu stress Aida. Oklah tak boleh dinafikan dia yg paling sibuk dlm pentas pujangga ni. Tapi hanisah pun lagi satu, aku dah kena marah dgn dia pasal datang lambat. Dia pun marah Fadley sebab dia tak serius dan membuang masa dgn joke dia, heheheeheh! Aku rasa macam kena paksa lebih daripada interested.

[Take note: Ni cerita dah lama dah. Ini cerita kalau tak salah dated at the fourth week of December 2003]
practice hari ni, aku datang lambat, one hour late, masuk club room, budak2 punya muka semua muram. sebabnya, arrafi dan heikal nak back out dari pentas pujangga. sebabnya ialah committment. hanisah dan hafiz kata kalau majority nak back out, dorang ikut serta. mujurlah ada jugak budak2 yg tak mau back out, iaitu aku, aida dan farhana.

waktu hanisah tgh berbual mengenai masalah tersebut, aku tak ambil perhatiannya kerana aku malas nak dengar problem2 ni semua, kalau boleh aku nak terus practice aje. tiba2 hanisah marah aku, "Wak, kau kata kau commited untuk pentas pujangga tapi kau datang lambat, apa ni?!!!". Aku rasa sedih, sakit hati dan benci... dan aku mula nak menitiskan air mata sebab aku sungguh pilu sekali apabila aku kena marah dgn hanisah. aku keluar, terus nangis... hafiz datang cuba nak tenangkan aku, aku nangis lagi teruk.... sakit hati... aku betul sakit hati, susah aku nak describe.

waktu practice, aku cuba elakkan diri aku untuk berbual atau pandang kat hanisah. tapi bila aku nak lakon part yg ada hanisah, aku cuba act selamba aje... takkanlah aku nak tunjuk aku punya merajuk dan benci depan dia pulak... buat malu aje....

aku beritahu hal2 yg terjadi tadi pada adik aku. dia kata aku ni emotional sangat, kena marah ngan pompuan pun nak nangis. seriously, memang aku rasa macam nak nangis. air mata aku dah kat luar biji mata aku, bila2 masa aje air tu boleh keluar... aku rasa memang hati aku ni lembut ah. kena tegur sikit aje, dah nak nangis, heheeheh, teruk nya aku ni.....