Afiqq Blog

26 December 2003

aku kat library nyp. aku datang sini sebab jap lagi aku nak gi practice untuk pentas pujangga. watak aku kirakan watak yg berat, kirakan im the main actor lah. cerita nya mengenai orang melaka kena tawan portugis. aku sebagai panglima awang, akan membawa orang2 nya untuk melawan pihak portugis. tapi panglima awang kena tangkap waktu berperang. dia dihantar ke portugis, tapi ada satu orang potugis ni baik. dia bawak panglima awang ke sana melamar sebagai hamba. di sana dia belajar dan hidup senang jugak lah kirakan. pastu dah lama gitu, dia pulang ke melaka untuk teruskan perjuangannya. tapi ini kali dia ada lebih army dari negeri Siam dan dari angkatan tun fatimah. the end of the story, melaka dapat balik ke tangan orang2 melaka.

duit aku kat dlm bank dah tinggal $30. kononnya aku nak gunakan duit tu untuk transport, $45 untuk MRT pass. tapi sekarang dah tinggal sikit ni, macam mana ni? apa aku nak cakap dgn bapak aku ni? aku gunakan duit byk sangat sampaikan aku tak perasan seh. beli makan, gi jamming, main lan-gaming... niat aku nak tgk cerita lord of the ring yg terbaru ni tak kesampaian lah nampaknya. aku akan gunakan $30 tu untuk transport aje... kalau budak2 ajak aku gi main game ke, wayang ke, makan kat luar ke, aku akan menolak. mintak2 aku tolak. sebab aku ni memang boros lah orang nya. tak fikirkan masa depan sebelum nak gunakan duit. kenapalah aku jadi gini...

22 December 2003

Kena Sampok, Wdl CC, TFA

satu ari sebelum konsert di woodlands CC, rafi kena sampok, waktu tu hanisah gaduh dgn adeq dan aisya kerana dorang hanisah tuduh dorang paksa rafi untuk buat joget untuk konsert tersebut.

konsert woodlands CC, aku joget dgn azura, aku tak lupa steps2nya cuma ada beberapa steps, kakinya salah masuk...

konsert di NYP, i percaya we did a good job walaupun kita di ketawakan dlm beberapa part yg kita lakonkan. kata izzam, ada orang kata dia tak faham apa yg kita berbualkan. too bad, some audiences cannot accept drama cum puisi yg kita reka. tapi aku percaya kalau kita buat ni untuk performance, boleh menang punya! part hanisah kena nyanyi lagu siti nurhaliza, lupa nama lagu tu, the last verse,. dia nyanyi terus hilang suara.... kesian dia... malu dia... tapi aku tak tau lah kalau berasa sedih kerana part tu, sebab after persembahan kita, hanisah kena sampok, aku tolong pegang tangannya bersama hafiz, rafi, heikal sedang baca2 dan pegang badan dan kakinya. satu budak dari kumpulan Tamed dan dua budak dari Temasek Poly dikir barat tumpang tolong jugak. aku ingatkan nak stay sampai dia sembuh atau di hantar ke rumahnya tapi adik aku suruh aku balik. aku tgh risau gila bila waktu aku nak balik tu... tapi aku tak akan lupakan kata2 hanisah waktu dia kena sampok,"Tak nak! aku Tak nak!" dia berkata begitu sambil menunjuk-nunjuk kat atas. dan juga kata2 izzam bila aku diajak balik oleh adik aku walaupun aku masih nak stay kat sana, membuat aku berfikir panjang, tapi mengerti dari sebalik kata2 nya itu...."jgn nak jadi hero"....

12 December 2003

aku sekarang kat NYP library. sambil aku tgh main internet ni, biarlah aku type sesuatu kat blog aku ni. semalam, wakt mlm aku balik aje, aku tgk highlights SEA games 2003 kat tv. sekali ada event 4 x 100m relay. Singapore won the silver medals while mat2 thai menang gold. aku sungguhlah happy sebab event ni kira yg paling popular punya. bila aku tgk hamkah afik kena interview sambil matanya merah2 dan berair, aku pun tumpang happy jugak, in fact aku sangat terharu. Good job guys!

Hari raya concert di woodlands CC yg akan datang ni, aku tak akan perform sebab orang2 atas scrapped kita punya drama. sebabnya, well, concertnya berbeza sikit sebab all the way dorang buat macam bangsawan gitu, jadi sebelum nak buat performance, kitorang nak kena mengadap kepada sultan dulu, pastu baru bleh perform. yg tak kena ni ialah, teater performance dan bangsawan macam tak kena gaya gitu. jadi teater performance kita tu di'scrapped'kan. Sungguh kecewa... yalah, kalau ikut betul2 punya kesultanan, mana ada teater performance dulu, yang ada cuma, tarian dan silat... Sungguh kecewa... nasib baik ada hari raya concert kat NYP tu. Kalau tak...

aku dah kena medical checkup on the 10th dec, pukul 10pagi. semua berjalan dgn lancar. tapi aku kena PES BP. maknanya aku kena 5 bulan dari asalnya, 3 bulan.... tapi aku boleh dibagi chance untuk turunkan badan dari 87kg ke 73kg untuk dapatkan PES B. aku ada satu tahun untuk turunkan badan. aku sekarang ni dah mula makan makanan yg berkhasiat aje, mlm tak boleh makan, seperti apa aku selalu buat sejak berbulan2 lamanya... Dulu waktu aku abis O level, weight aku 69kg. tak sangka aku boleh naik begitu banyak sekali....

09 December 2003

fulamak... dah lama aku tak masuk sini. anyway... hari raya pun dah nak abis. aku dah berjln raya dgn budak2 RA. almost the whole house diorang masak, terpaksalah makan, sampaikan adeq nak terberak2, heheh...

NYP hari raya concert... aku perform untuk drama. tapi silat tak ada... kenapa? sebabnya budak2 semua nak tengok kalau majority nak perform baru perform. kalau semua cakap gitu, macam mana nak tau berapa banyak orang yg confirm nak perform? isn't that stupid? lagi satu hal ni terjadi sebab Wan, the president tak akan ada di singapura during the concert nanti. mungkin sebab Wan takde, yg lain tak semangat... mungkin.... well looks like Wan memang ada banyak influencial dgn budak2 silat NYP. butoh...

aku kat skolah library. tgh nak buat rubai, sejenis poem melayu, aku buat ni untuk pentas pujangga next yr, januari. tapi sayangnya, cerita dari buku hikayat raja2 pasai tidak digunakan, instead dorang dah tukar cerita lain. sedih tu sedih jugak sebab aku gunakan banyak wang dan masa hanya nak cari cerita yg paling gerek dan ada ciri2 kemelayuan... sudahlah, nasi dah pun basi... nak diheboh-hebohkan pun buat ape....kan kan kan?