Afiqq Blog

30 December 2005

Tak Keluar, Tak Boleh Kape?!!!

betul punya moody ah aku hari ni. first off day, tapi langsung tak keluar. takde orang nak ajak keluar. siallah. aku bingit tau kalau off day tapi setakat duduk rumah tak buat ape2. boleh matilah eh! abih perut aku pulak macam sakit! aku nampak makanan yg macam berminyak, tekak aku rasa loya. padahal nampak sedap tau. kadang2 aku rasa macam nak kena sumbatkan buah-buahan dlm badan aku ni ah.

besok aku nak gi east coast mak aku gi bawak macam2, dah standby kat living room tu. macam nak pindah rumah pulak! aku pun tak tau nak tulis ape, sebab aku bingit lah... part paling bingit bila kawan2 aku yg aku nak keluar tak free. k lah bukan salah dorang. dah lah, signing out...

29 December 2005

Perang di Bt Batok

actually last 2 days aku nak tulis pasal aku berperang time aku tgh mimpi. mintak2 aku boleh ingat.

aku dgn soldiers2 lain di dlm satu rumah besar dua tingkat. kitorang semua kat tingkat dua. jgn tanya kenapa kat situ.
musuh2 sudah hampir, aku takde weapon waktu tu, so aku tgk bawah, ada beberapa mayat2 dan weapon yg boleh gunakan, so i took a spear. anyway, ni perang zaman swords and arrows, takde tembak2 ke pistol2 ni semua. tiba2 musuh sudah pun sampai kat depan rumah, diorang pun masuk ramai2! aku belum bersedia nak attack, beberapa kawan aku gi ke kiri sebab kat kanan dah ramai sangat orang, jadi aku pun ikut dorang, tiba2 ada satu arrow betul2 hampir nak kena kat aku, mujurlah kawan aku tarik aku. so sekarang aku kat left flank, yg kat right flank belum nak attack pulak. obviously kat tengah takde orang, nanti matilah kena panah, these flanks ada tembok, so kitorang sembunyi kat belakang tembok. one of my friend tak sabar lalu terus menuju ke arah musuh, so we all follow suit, aku dapat bunuh satu, aku lari balik ke belakang tembok. pastu aku pergi lagi, tapi ini kali aku cucuk satu orang ni dari belakang... alamak! itu bukan musuh, dats one of mine! shit. aku lari balik ke belakang tembok. pastu aku dan lagi satu kawan larikan diri dari rumah tu dgn memanjat keluar koridor, dan lari terus masuk ke hutan.

lepas ni aku dah tak ingat ape jadi, yg aku tau, aku keseorangan, abih tu aku jalan2 kat situ nak cari tempat jalan lain untuk balik ke rumah itu. yg hairannya, aku macam terasa bahawa aku kat bukit batok. abih aku nampak satu padang luas yg aku sangka itu adalah bt batok drv ctr.

eh seriusly aku betul2 boleh rasa ketakutan. tapi dlm mimpi tu aku cuba kuatkan diri aku, tak fikirkan yg aku akan mati, aku terus perang ajer. fuyooh...

25 December 2005

Lelaki Suka Mengongkong Pompuan?

kawan aku satu ni ada masalah. masalah matair(laki dia). tuduh-menuduh dia sembarang, setakat keluar dgn kawan2 lelaki, katanya dia gi buat kerja tak senonoh dgn kawan jantan.
pastu nak ajak jumpa, kena gi tempat jantan tu peh area. pemalas betul, takkan lah tak boleh gi bawah blk rumah pompuan tu, atau jumpa kat mrt ke, ni nak suruh dia gi rumah dia pulak. nak idup senang. pastu senang2 suruh buang kawan2 dia, lagi2 kawan2 lelaki dia.
aku dah dgr cerita2 macam ni. dan selalunya si pompuan mengalah, kerana "sayang" punya pasal. aku harap kawan aku ni tak akan macam yg lain. aku percaya, kawan aku pasti boleh bertegas. takde jantan2 yg macam perangai binatang yg boleh mengongkong dia teruk2, bagai katak bawah tempurung. aku percaya semua pompuan tak mau jadi macam tu kan? tapi kenapa tetap cerita2 macam ni masih wujud eh?

nak salahkan pihak lelaki, atau pihak pompuan? haiz... yg aku tau, salahkan diri sendiri. tepuk dada tanya selera.

Ada pompuan gila di MCG?

tak! teketak! teketak! teketak! begitulah speaker aku membunyikan bunyian drum dari lagu2 Sepultura dan Kreator yg sungguh laju. sungguh mengestimkan.

oh yeah, itu ari gi sekola best ah. kita practice untuk GPA 2006 and the kids were good man! cos i told them to act out using an object, using the skrip puisi done by someone aku tak kenal but the puisi was not bad, it was good man. aku suka elfi punya actions and the objects he used, beads inside the bottle. aku terngangah seketika bila part dia hentak botol berisi biji-biji tu. tapi sayang, tak semua pusaka seni members yg datang.

pastu kita practice ramai2. rafi suruh marni jadi pompuan evil gitu. dia kena ketawa dan nampak evil. haa kau! betul mcm orang gila! tu belum kasi make up ala black metal... boleh buat music video pakai cradle of filth peh lagu.

saturday dpt jugak keluar, tak pernah2 aku ajak kawan2 aku makan kat geylang serai. boon lay nasi lemak yg kini bertapak di geylang, aku beli nasi sambal goreng dari sana. fuuh kenyang. memang best.

al-majlis kita menuju, ramai anak2 muda melayu kat sana. abih nak tengok2. aku tak suka ah kalau dorang tgk2. orang melayu mcm tu lah. suka tengok2 orang2 melayu lain. kalau dorang nak tengok2 pasal mana tau itu kawan dia ke saudara ke takpelah. tapi aku rasa2 lah dorang tgk2 pasal... ntah eh. aku tak suka lah dorang tgk2.

part tgh duduk2 sambil ber-shisha tu tak byk benda yg kita bincangkan. boleh lah sikit2 pastu, byk termenung2. ntahlah, mungkin dah takde cerita nak diperbualkan.

21 December 2005

kau telah kembali...

basikal aku dah ok! semlm aku dpt bawak basikal aku sampai ke teck whye lane, park kat bawah blok pastu naik bus gi kerja. best ah. tapi macam mana boleh ok?

semalaman, pukul 4 pagi, aku tak dpt tidur, sebab fikiran aku masih active. jadi bermacam2 lah aku tgh fikirkan. sekali aku fikirkan basikal aku. aku fikirkan betapa rindunya aku time aku dpt travel dgn cepat bila naik basikal. kalau jalan kaki dari rumah aku ke bus stop main road, 7min. kalau naik basikal, tak sampai 5 min. terus aku jadi gila. aku bangun, aku angkat spanar, aku keluar rumah. aku cari orang lain punya basikal. aku bukak bolt dari pedal kiri. bolt nya dah keluar. aku cuba nak bukak pedal nya tak boleh, ketat sangat. aku dah boring. k takpelah, aku bawak bolt tu, duduk kat depan basikal aku. aku screw bolt tu... hmm... aku test, bolt nya ketat. aku pun teringat sesuatu. dlm byk2 benda, aku tak check bolt longgar ke tidak. so aku ambik pedal kiri aku, keluarkan bolt nya. aku pun cuba screw. boleh. aku keluarkan pastu aku tekan instead of screw it in. haaaa kau!!!! longgar gila!

aku tak sangka, setelah lebih dari sebulan aku merana tanpa basikal, rupa2nya bolt nya tu yg nak kena tukar. bukan pedal kiri aku tu. alhamdulillah, everything go back to normal. kini kehidupan aku menjadi lebih senang.

20 December 2005

kesian, PTI kena extra

aku actually nak ikut mak aku gi rumah kawan aku yg matair nya adik aku. dia peh abg nak nikah kat mahkamah kat fort canning. aku nak gi sana beb. tapi aku tak dikejutkan, end up aku teruskan tidur aku sampai 3pm.

kerja mlm aku yg kedua, aku kena dgn duty officer(DO) yg orang kata menyeramkan. dorang kata ops orderly dgn comms personnel yg kena duduk kat ops room, tak kasi kita tidur. dia ni pun suka charge orang extra guard. so these are the summary of what happened that day.

satu PTI yg kena guard duty, dia tak bagi kunci PTI dormitory dgn office PTI. sepatutnya kunci2 kena bagi balik after office hours. waktu tu dah pukul 10mlm. dia suruh aku check kunci2 semua ada ke tak. aku check kunci2 PTI belum bagi balik. aku call PTI yg berada kat guard room suruh bagi balik kunci. dia turun ops room. kena lecture dgn DO, dia charge budak tu 2 extra. sekali dia bagi chance lah, dia suruh tolong check dia punya IPPT (yg khas untuk org2 tua macam dia), kerana ada sesuatu yg tidak kena. dia kata dia akan tarik balik extra kalau dia cari problem tersebut.

aku sapu, aku mop, aku clear barang2 yg patut kat tempat yg tertentu. aku letak radio kat tempat table DO, jadi dia boleh dgr 88.9FM (BBC) untuk mendengar perlawanan bolasepak english premier league.

then bila dia nak tidur, dia ada cakap kalau comms personnel nak take a nap, boleh bawak turun tilam. itu part lah yg aku hairan. dia bagi kita tidur! so aku tanya dia, "what about me sir?" aku ingatkan dia nak marah aku ke ape, instead dia kata take turn. at least satu orang kena jaga. tapi aku tak ambik tilamnya. malu ah. so aku ambik selimut yg tebal, buat jadi bantal, tidur kat lantai, since aku dah sapu dan mop kan.

pada siapa2 yg tak tau mcm mana ops room boleh ada tilam, meh aku ceritakan sikit. ops room ada katil dua tingkat. katil tu memang untuk DO berehat. since ada extra tilam kat atas, dan juga 2 extra bantal, kita gunakan untuk ops orderly dan comms personnel bila kena jaga waktu mlm. tapi tilam tu kena letak kat lantai dekat dgn talipon jadi ops orderly boleh jaga talipon bila berbunyi. kalau nak ikutkan, memang kitorang tak boleh tidur. apelah salahnya kita baring2 sambil tutup mata sekejap kan. lain lah kalau2 lah, let say, bomb terjatuh dari langit terkena daerah kita, haaa barulah mungkin HQ akan activate orang2 yg tertentu dgn menelefon ops room untuk beberapa officer2 yg tertentu dan budak2 trainees pergi ke tempat incident untuk tambahan manpower. talipon bunyi aku boleh bangun punya. sedangkan bunyi pintu aje aku boleh terjaga.

17 December 2005

accident moto

buat masa ni aku takde cerita2 gerek yg nak ditulis. tetapi aku percaya selepas kerja malam ni, pasti terkeluarlah satu cerita ngeri yg pasti menggegarkan bulu2 roma korang. kerana bulu roma aku sekarang sudah nak masuk ke tahap yg agak merunsingkan. tak faham? bagus.

sebenarnya aku memang hampir2 berkobar2 nak buat skrip untuk andayu. tapi, aku takut jalan cerita orang tak suka. tapi yg nak buat, aku. bukan orang lain kan? cerita ni memang aku dah lama nak buat, involvng silat nyp. tapi waktu tu dorang sibuk dgn silat competition IVP kat ngee ann poly. jadi aku batalkan niat aku. buat cerita lain, pasal yellow ribbon. tup tup, surat ns pulak sampai. dah sekarang aku takde masa.

korang tau any accident yg terjadi kat PIE menuju ke BKE?
aku tgh naik bus no 960, aku duduk belakang dgn adik2 aku. sekali aku terasa bus terhentak suatu benda kat belakang. aku toleh belakang, aku nampak motosikal hilang kawalan lalu jatuh terseret, boleh nampak sparks terkeluar bila moto tu terseret kat jalanraya. aku punya lah seram. adik aku cakap, dia nampak org yg bonceng dia tercampak. tapi bus main jalan terus. abih adik aku yg pompuan kecoh. orang2 lain yg nampak pun kecoh2, sampai boleh cerita yg dorang dulu pun pernah nampak accident, tapi lagi teruk. aku diam ajerlah, biasa jugak. sebab tu aku tak suka budak2 moto, lagi2 kalau dorang bawak anak2 dara. aku harap2 aje, yg accident tu bukan anak2 muda melayu.

13 December 2005

Mat2 kat TopShop Bugis Junction, Menyampah!

semalam off day aku habiskan masa keluar dgn adik2 aku. syiok ah, rasa macam aku betul2 habiskan satu hari tu ah.

kitorang gi bugis street. aku suruh sister aku choose kan baju untuk aku. sebelum tu kita kat topshop kat bugis junction. tapi yg buat aku dgn adik aku menyampah ialah mat-mat penjual kat sana. dorang memang tak buat ape2 dgn kita, cuma menyampah tgk muka dorang. bila kita dah lama kat sana tgk2 baju, baru si one of the mat tu, tanya kita, "yes, can i help u?" ye eleh, baru nak tanya ape. kita pun belah dari satu.

kat bugis street memang macam2 baju ada, tapi yg byk yg lawar2, baju2 dari thailand. baju-bajunya simple, macam beach wear ada, macam Ongbak(citer thai) pun ada. dptlah satu baju berbutang dgn harga $20 aje. dah tu aku ingatkan nak belanja adik2 aku ni. tgh terfikir nak belanja movie atau makan. end up kita gi marina square pizza hut.

sampai sana dorang kata oven jam, jadi tak ada pizza. spaghetti ada. kita pun jalan kaki ke suntec. fulamak, sekian lama aku tak makan pizza hut. the last time was april 2005, one of my friend belanja for my birthday. tapi ini kali aku pulak yg keluarkan duit. $44 include pizza hut yg christmas punya, ada salsa fiesta yg boleh tahan sedap. abih ada hasbrown yg berbintang. ingatkan tak cukup tau, sekali dah makan pizza piece yg kedua, aku rasa kenyang. nasib baik aku tak order lebih. gerek ah dapat belanja adik2 aku makan mahal2.

pastu kita gi Toys 'r' Us, kita nak cari board game. tak tau board game mana yg gerek, aku nak beli Risk, tapi sis aku ingatkan nak try Cluedo. si little bro aku sembarang, yelah aku yg bayar ape. so aku suruh si dua ekor tu choose mana dorang nak. and they chose the right game man, Cluedo. sebab balik rumah ajer, dlm kul 11.30pm, kita pun try ah main game tu, sampai kul 3.45am! puas hati!

09 December 2005

kena tendang kat muka 2 kali

part kitorang bebual pasal time kita masih dlm silat nyp was the best topic ever. sebelum tu kawan aku yg pendek ni bebual pasal hal2 polis ns dia. it was boring. pasal inspector dia kena pukul lah... tapi part pasal pompuan ni lodge a report pasal dia kena molest tapi actually tak sebab dia nak jantan tau yg dia pregnant. dat was the best case yg dia ceritakan.

masih ingat lagi time aku kat silat nyp, kitorang paling banyak buat performances kat sekolah, even kat luar sekolah pun kita pernah diundang, satu jer ah.

nyp open house was an eye opener for the students in nyp and the secondary skool students yg datang ke sana. its so obvious performance kitorang lebih baik dari kelab2 lain, sebab kitorang brutal. got one time, kita kena perform kat south canteen for national day, invited by skool of engineering club (SEG Club). aku kena tendang kat muka 2 kali. it was a mistake actually, sepatutnya aku kena tunduk, so kali ketiga baru lepas. abih tu, kawan aku yg tinggi gi campak kawan aku yg pendek. audience2 macam terpegun dgn adegan2 violence kitorang.

waktu club crawl, kita kena buat bill board. so kita cadang, kita punya president jadi sultan, yg beberapa pesilat lelaki jadi pengawal. kitorang bawak pamphlets jalan dari sports hall pass by nursing block, business block. sampai kat central canteen, kitorang semua tak mau gi kat engineering block, sebab ramai kawan2 kita kat sana, malu. nampak pompuan aje, kita terkejar2 nak bagi pamphlets kat si cantik manis. heehehe.

martial arts day, kita punya performance yg paling budak2 suka. ada entertainment, kelakar, violence. penuh energy. especially bila kita buat sketch, satu budak nak kena buli dgn beberapa budak2. pastu budak tu hapuskan pembuli2 tersebut.

well those were the days. it was great fun performing these stunts which mostly we ourselves choreographed it. hopefully the new batch do like us, do more performance so dat ramai budak2 akan masuk silat nyp.

05 December 2005

Smuggling Cigs

inilah masalahnya kalau aku kerja sorang, aku demam ni, sape nak ganti? takkan nak suruh pekerja yg kerja pagi teruskan kerja petang sampai esok pagi untuk cover aku? kesian kan? kalau aku pun tak mau.terpaksa lah aku pergi kerja jugak.

n dat was yesterday. today, went back home, my fever subsides, even though i didn't eat any pills. yesterday nite, we were about to sleep when a few police officers came. cos got one trainee kena caught for smuggling rokok. dorang datang sebab nak inform kitorang lah, jadi kita tahu dia kat mana, so far dia dah masuk kat dlm lock up kat clementi. kat woodlands checkpoint ada operation ah. so i guess dat guy memang nasib tak baik. abih yg boringnya, aku kena tolong duty offficer aku buatkan report. alamak. abih tu bila dia rasa macam salah, dia tanya aku, salah ke tak, so aku bagilah idea aku. tapi dia tak dengar kata aku, end up dia ikut suka hati dia jugak. kalau gitu tak perlulah tanya aku. aku malaslah nak layan.

02 December 2005

aku bunuh mat2 motor

aku picit button DELETE. hilang nama dia. harap2 hilanglah wajahnya dari fikiranku juga.

kau tau ape yg gerek bila main GTA: vice city? naik kereta, pastu langgar mat2 motor (orang yg naik motosikal). lagi2 motor sport, lagi aku suka langgar dorang. dlm game tu dia punya brand motor tersebut namanya PCJ 600. langgar dari depan yg paling sedap sekali. orang yg menunggangnya terus tercampak jauh siul. it was instant death. hehehe.

muzik dari radio terus bergema
melayang-layang diriku
masuk ke alam silam
sejarahku diulangi lagi
yg gembira buat ku sedih
yg sedih buat ku pilu
aku mengerti
ia hanya suatu cerita yg lalu
tidak akan kembali
lekaslah berdetik wahai masa
hanya kau dapat menghilangkannya

01 December 2005

Aku Rindu... Aku Sayang...

dah masuk december. cepat eh? semlm bila nak balik dari tempat kerja, si Encik ni tanya aku, dari department mana, pastu dia tanya kenapa aku tak potong rambut. aku cakap lepas kerja aku nak gunting. tapi dia tak kasi chance, dia suruh provost tulis particulars aku. mampos, tu kira kan aku kena extra guard ke? entahlah eh.

aku dah lama tak gi gunting kat kedai. aku kat kedai rambut aku tak tau nak cakap ape, so aku cakap aje, trim belakang ngan tepi. abis gunting, mak aku tengok masih belum cukup lagi, side burn tak potong, mak aku bising2, suruh dia bersihkan side burn aku. aku cakap tak payah, tapi mak aku degil, suara dia macam kuat pulak. aku pun bingit gila, aku terus tinggalkan mak aku ajer kat luar kedai tu. degil dia sama macam nenek aku jugak...haiz... takpelah, tu semua aku dah lupakan.

semlm aku gi sekola main bola kat padang hockey. waktu tu kita tak cukup orang, abih beberapa budak2 China datang nak main bola, tapi dorang ambik kat padang kita, kita pun mcm tak puas hati lah, so kita cuba pelawa dorang main bola dgn kita, dorang agree. sekali tgh main tu, the other part of the padang dah kosong, terus budak2 China main jalan ajer, gi padang kat hujung sana. tak tau nak cakap sorry ke, main jalan ajer! terpaksa lah kita tunggu beberapa minit untuk cari orang2 yg nak main bola. mujur ada jugak, kes macam budak2 yg dah abis NS, yg agak berumur gitu.

aku tak suka orang bagi harapan. walaupun secara tidak sengaja orang tu macam terberi satu harapan walaupun ia bukan harapan. namun begitu, aku tetap tak suka.

aku rindukan basikal aku. dah lama aku tak naik, sejak pedal yg kiri tu tercabut, tak boleh dipasang balik. itulah satu2nya pengangkutan yg paling aku sayang.