Afiqq Blog

29 November 2005

kerana police case, aku keseorangan

telah berakhir perjuangan young lions walaupun kemenangan tipis mengatasi myanmar 1-0. kerana indonesia menang dlm perlawanan mereka dgn membelasah laos 4-0, vietnam dan indonesia mara ke separuh akhir.

partner rota aku dah clear leave. hari ni adalah hari pertama aku akan bekerja keseorangan kat ops room. takut, mungkin ada, walaupun aku dah lama kerja kat sana. nampaknya, ketiga2 rota cuma ada satu orang ajer, sepatutnya kena ada 2 orang. kita perlukan 3 budak baru, tapi dgr2 kita mungkin boleh dpt 2 ajer. aku tak kisah kalau kerja sorang. actually aku patutnya ada satu budak lama akan masuk rota aku, tapi dia buat hal kat luar, kena police custody. bodoh betul budak tu. kena tangkap sebab involve in gang fights. dgr2 parang pun diorang ada gunakan.

28 November 2005

Favourite

Favorite

food: rice with asam pedas and sambal goreng
drink: cold plain water
fruit: honeydew

types of movie: war
actor: rosyam nor
actress: nasha aziz
tv show: Berita
tv celebrity: rilla melati
tv channel: suria, tv3

types of music: metal, malay ballads, malay traditional
instrument: guitar
sound: gamelan
chord: A minor
singer: jat ali from black dog bone

places of interests: fort siloso
fast food restaurant: long john silver's
public transport: bus
hangout: boat quay near the fat bird statue
friend: my sister
electronic gadget: video camera
board game: english chess
book: singapore history books
magazine: time magazine
hobby: collecting manja magazine
pastime: play soccer
website: www.purevolume.com
types of game: cooperative/teamwork and world war 2 based games
place at NYP: Andayu club room, library
place at Shuqun Sec: canteen
hangout during secondary: jurong east library
hangout during poly: coffeeshop Aik Leong near NYP East Entrance

dah lah cukup lah tu...

27 November 2005

nak emo pulak!!!

aku paling benci kalau aku langsung takde benda nak buat kat rumah. aku punya off day, hari thursday dgn friday, setakat kat rumah ajer. boleh mati aku! aku asyik kat computer, main game. masuk frendster, anakmelayu pun dah takde apa2 kat sana. mujurlah ada blogsites. boleh baca org2 yg ber-emosi macam aku ni. messenger on pun macam buang current jer.

spore dgn laos, aku kat rumah pakcik aku, ada satu macam open house gitu, tgh tgk bola sama2 dgn pakcik2 aku yg lain, one of them kata, spore ada sleague, gaji players byk, tapi lawan laos pun masih terkial2, sedangkan laos tu negeri dorang tu miskin. facilities pun agak2 tak cukup. jadi nak salahkan siapa? salahkan mat rep-mat rep yg main bola tu atau salahkan coach? patutnya salahkan diri kita sendiri sebab tak mahu turun Philippines support lions main bola! patutnya Stadium Bacolod tempat dorang main tu dipenuhi dgn spore supporters ah, kasi dorang semangat. tapi ape boleh buat, jauh, orang kerja, tak cukup duit.

ooo, baru aku tau kenapa aku boring. pasal duit gaji belum masuk, gaji yg lalu telah masuk ke zone merbahaya. lagi dua minggu, endure... ler aku ni pun, sikit2 nak emo...

24 November 2005

Antara mat hitam, mat china dan mat rep

"kau pekik2 ape kau dapat?" nenek aku marah semasa aku memekik ke arah tv, sedang tgk perlawanan bolasepak antara singapura dgn indonesia. macam mana aku tak pekik, bola tak nak masuk gol. dah byk chance singapura dpt, tapi bola degil sangat, dia tak mau masuk dlm goal post!

aku tertanya2 sendiri, berguna ke foreign players yg main untuk singapura ni? sebab bila aku tgk itu game, yg si mat china tak memuaskan, yg mat2 hitam pulak mcm senang gitu bola terlepas dari genggaman kaki2 hitam diorang tu. lagi bagus mat2 rep singapura, ball control ok-ok ah. tapi permainan dorang yg nampak lebih memuaskan.

21 November 2005

tak dapat bola, main tendang kaki pulak

dah habis kerja, perasaan yg tak sabar nak tgk perlawanan vietnam-singapura makin meluap2. sekali Berita kat Suria spoil everything man. si pemberita kata, perlawanan baru habis. terus dia tunjukkan scoreline, 2-1. alamak... punyalah bingit.

tapi aku tgk jugak lah perlawanan delayed telecast kat tv. bila dah masuk 2-1, aku perhatikan vietnam memang team yg lebih baik dari spura. dorang attack ajer. passing dorang cantik2. habis spura defence hancur berkecai.

nanti dorang lawan dgn indonesia macam mana agaknya... mudah-mudahan dorang main betul2 lah. sebab aku perhatikan, bila lawan dgn vietnam, dorang nampak macam takut2 gitu. bila tak dpt bola atau bola kena rampas opponent, main tendang kaki ajer. apelah.

myanmar boleh kalah dgn laos ni. tu lagi aku susah sikit nak percaya sedangkan myanmar pun sama2 bagus dgn singapura. ni mesti myanmar masih dlm khayalan tau dorang. aku rasa group ni mungkin kita akan nampak kejutan lah. mana tau, laos mungkin dpt kalahkan semua team dlm group yg mengandungi vietnam, indonesia, spura dan myanmar?

20 November 2005

Excursion Raya Satu Singapura

kalau dpt gi jln raya ramai2 memang gerek. lagi2 kalau dah dlm satu bus. bus bukan sembarang bus dok. macam nak gi kuala lumpur 3 hari 2 malam.

makanan2 yg beberapa rumah masak memang beraneka. paling best, cheesecake, sebab memang tu favorite kek aku. dah lama aku idamkan.

it was one of the best jln raya. budak2 semua gerek2, kelakar2, dah tu asyik kena kacau, tapi aku tak pasallah, gurauan semata-mata.

dah sampai rumah aku, one of the girl dah mcm nak labour sebab makan byk sangat. yg gereknya, dorang2 ni tetap makan walaupun dorang tau dah tak boleh masuk lagi, maklumlah nak sedapkan hati orang2 dapur yg dah bertungkus lumus memasak untuk kita. tapi kita pun tak expect kena makan 3, 4 macam lunch dan 3 macam dinner.

15 November 2005

dosa

tadi aku makan byk kat tempat keje, makan kat canteen, makan kat cook house. pastu order kfc. mampos aku... tak lama lah aku nanti, mengandung...

so far semua hal2 sudah settle. dosa2 orang2 yg telah berdosa terhadap aku telah aku ampunkan. in fact sebelum raya pun aku dah maafkan. cuma aku harap, dosa2 aku terhadap orang2 yg telah aku berdosa pada mereka, harap diampunkan. sesungguhnya, dosa kita dgn Tuhan, kita mintak ampun pd Nya. dosa dgn manusia, kita mintak ampun pd manusialah yer.

aah... sejak concert yg telah lalu, dah beberapa hari aku tak pegang gitar aku. malu dok. aku rasa gitar aku pun malu dgn aku. tulah, main tak betul. tak cukup practice. bila naik atas stage, semua lupa... mcm mana ni...

14 November 2005

nak luahkan segalanya?

kadang2 eh, aku rasa macam nak luahkan segala apa yg ada dlm hati aku ni tau. tapi kalau aku luahkan segalanya, orang2 semua dpt tahu ah. malu aku. kalau nak mengumpat pasal orang2 yg aku tak suka atau benda2 yg aku tak suka takpelah. tapi kalau nak bebual pasal perasaan hati aku ni eh... haiz... tak boleh banyak2 ah beb. maksud aku perasaan kasih, cinta, sayang... senang cakap, some things are better left unsaid.

dapat jugak aku berjln raya dgn kawan2 aku hari saturday dgn family hari sunday. dpt jugak ni duit raya bila keluar dgn family aku. tak sempat pun nak cakap aku ni tgh ns, dorang da hulurkan sekeping sampul kehijau-hijauan. takkan nak tolak pulak kan, ambik je ler. nenek aku bising bila aku nak keluar jln raya tadi dgn family aku. dia kata kenapa pakai baju yg aku beli tu. kenapa tak pakai baju lain. tis yr aku dah kata, aku nak pakai full u. aku takde baju kurung full u, kecuali baju yg aku last minit beli ni lah. lepas tu dia bising2 ada baju full u yg pakcik aku bagi. tapi itu size XL! kalau aku pakai, the whole baju tu akan menutup segala-galanya! dah macam hanger pulak aku nanti. pastu dia bising2 kenapa tak nak beli dua pasang time mlm raya tu... haiz... nenek aku ni...

besok keje, partner aku, tak lama lagi dah nak abis. aku rasa macam takut pulak bila aku kena keje dgn orang lain nanti. tak taulah kalau aku boleh communicate dgn budak ni ke tak. aku ni peramah. boleh ajak berbual punya. tapi nak kena tengok orang jugak. kalau perangai macam abang2 lobang atau mat2 rep, memang susah sikit nak ajak berbincang.

tadi aku tgk citer hindi, 'somethin' 'something' 'Karoge' ada hrithik roshan dgn rini mukerjee dgn yg lagi satu tulah tak tau nama. citer gerek jugak beb. n i learn something from that story. "friendship can turn into a relationship". aku percaya ia pasti akan terjadi, satu hari nanti...

12 November 2005

dah perform pun

baru balik dari sekola ni. konsert raya was good man. i love the intro. the sketsa komedi was funny. tapi part aku main gitar dgn diringi dgn 3 penyanyi satu gitaris dan rebana, aku buat byk silap. salah kord, plucking tak betul, dah tu aku kena nyanyi pulak, dah tak hafal lirik, aku tampal2 lirik kat gitar aku. hheheheh. tapi takpelah. dpt jugak limelight walau tgh ns ni.

tapi aku rasa kerja yg paling best sekali yg aku buat, jadi ticket counter. dgn pertolongan wediah, kita betul2 bekerja keras. sampai kan kita tak sempat nak berbual-bual.

07 November 2005

konsert raya aku kena perform?

hari raya pertama aku celebrate kat tempat kerja aku, cda. officer, budak2 guard yg most of them org cina, semua tanya aku, "eh y u werking? not celebrating hari raya issit?"

hari raya pertama, aku keje, partner aku ambik leave. tapi 11 nov, aku leave, partner aku kena keje soranglah. kenapa 11 nov? sebab andayu nak buat hari raya konsert, sebab tulah. baru2 ni pulak, dorang perlukan aku untuk perform dlm satu item ni. adalah kena mengena dgn nyanyian. tak nak bilang aper item, korang gi mintak tiket gi tgk sendiri. tiket free.

dlm raya pertama tu, sampai ke rumah dgn baju telok belanga pink dan songket hitam emas, fuuuh kecoh, makcik aku tanya, "kau tertinggalkan partner kau ke? suruh lah dia naik." makcik aku kacau aku, suruh bawak naik 'isteri' aku ke rumah. tersengeh-sengeh aku dibuatnya.

aku taklah layan sgt saudara-mara sebelah bapak aku, maklumlah, aku tak rapat sgt dgn diorang jadi nak berbual pun malu. aku cuma rapat dgn saudara-mara sebelah mak aku. diorang semua tanya macam mana NS? alhamdullillah takde satu pun yg tanya, "dah jadi fire fighter?" sebab aku rasa malu nanti. yelah, scdf ni berkaitan sekali dgn fire-fighter. tapi aku ni sekadar ops orderly aka telephone operator.

hari raya lah, hari yg aku makan paling byk. lagi2 sambal goreng nenek aku tu. tak pernah2 dlm setiap hari raya, tahun ni, sambal goreng boleh habis! alamak, bukan aku sorang yg idamkan, sepupu2 aku sampai ambik kerak2 sambal goreng dalam kuali siul.

bila part semua saudara-mara aku nak balik, ada pakcik2 makcik2 tanya, "dah ns eh?" aku ckp lah dah. terus diorang tak pandang aku pun, dorang aim for other budak2. lain jugak rasanya bila dah tak dpt duit raya byk2. aku cuma dpt $20 yg diberi oleh makcik aku yg rapat, dan yg lagi satu nenek aku.

04 November 2005

Barakah Ramadan, Semarak Lebaran by Andayu

its a Hari Raya Concert by Andayu - Malay Cultural Group Nanyang Polytechnic.
Will be held on 11 November 2005 at 7.30pm
Tickets are free. Please click on Andayu BlogSite for more information.

To all Andayu members who read my blog, please put a link of the Andayu Blogspot in your blogsite. So that other people can visit the Andayu blogsite with ease.

last minit, dapat pink...

kat geylang kul 12mlm, jumpa kawan aku, kul 1pagi. orang2nya pulak makin ramai ni! ni first time aku gi geylang di mlm raya. aku pun tak sangka, tgh jalan kat malay village dgn area Perses tu, pack nya macam time aku gi hari minggu time tgh puasa lah! dorang ni tak reti nak tidur ke? oklah mungkin dorang pun macam aku, kes last minit shopping.

main objectif aku, nak cari baju kurung yg aku nak mengikut color dan style baju tu, dan price pun harus yg berpatutan. aku gi kat kedai yg tu hari dia jual $65. dia dah turun $50, boleh bagi $45. aku dah hampir2 nak beli sebab bajunya memang lawar, berkilauan beb. sekali si makcik kedai ni dia cakap something like this, "sekarang orag2 dah tak cerewet, dorang cari baju yg ada size, tak kira ape color ape style". ada ke orang2 melayu tu mcm bila nak last minit shopping? merepek ah ni makcik. aku cakap ngan makcik tu, "ok kita pusing2 dulu," muka makcik tu macam tak happy, dia kata, "eh nak pusing2 lagi?"

lagi satu kedai ni, nama kedai sama, tempatnya aje lain, baju yg aku nak tu ada, aku tanya dia, "kak ni baju kurung ni $40 h kak?" dia kata, kalau $40 dpt seluarnya ajer. oooh buat kelakar eh kakak ni. dia kata baju kurung yg aku nak tu harga $65 dah turun $50. aku tanya $45 tak boleh ke, dia kata tak boleh! aku tak puas hati. aku cakap ngan kawan aku, ok kita pusing lagi. kakak tu merungut! dia kata, "eeeeeeeh?!" alamak, menyampahnya aku. kira dia nak merungut aku takut ape?

kat depan kedai yg aku gi, aku nampak satu kedai ni dorang jual telok belanga, tak selawar yg aku nampak kedai2 yg lalu tu. aku try rasa kainnya, sedap. aku tgk jahitannya, cantik. aku pun tanya, dia kata $35! Alhamdullillah! sayang nya warna coklat takde, kawan aku kata try warna2 yg nampak muda sikit. dia choose kan aku pink. aku actually nak dark blue, tapi memandang kawan aku kata pink nampak lebih muda, aku pun kaup lah warna tu.

dah beli tu aku rasa lega, puas hati. aku pun dpt pelajari, kalau nak berniaga tu jgn merungut bila si pembeli tak mau beli, nanti dia takkan kembali. lagi satu pada si pembeli pulak, jgn gi satu kedai aje bila nak cari barang yg kau nak. kalau boleh rounding satu geylang, rounding aje. oh ye tak ye, geylang dah nak roboh eh. sedih...