Afiqq Blog

28 February 2004

aku dah lama tak dengar berita dari budak2 RA. Budak2 MCG, aku dapat juga bersua muka, tanyakan khabar aje. Tak taulah kalau MCG masih ada rancangan apa2. Dikir Barat ada comp dlm bulan March. Tu je yg aku tau. Aku masih tidak mahu berkecimpung dlm bidang lakonan untuk MCG. Untuk RA, boleh. Tapi aku rasa, RA tak boleh hidupkan persembahan teater atau drama di Woodlands CC atau dimana2 lagi. Sebab, kejadian sampok di Woodlands CC dulu telah menunjukkan kelemahan bagi beberapa members2 yg berlakon. persembahan teater pendek oleh budak2 RA di NYP-Theatre for the Arts untuk persembahan bagi hari raya konsert, bagi aku, adalah yag terakhir. Soal komitmen bagi dua budak RA timbul, dan akhirnya merosakkan pementasan MCG untuk Drama Comp, Pentas Pujangga 2004. Dengar khabar mengenai Hanisah ingin keluar dari RA kerana "budak2 RA masih belum mature" telah menunjukkan bahawa RA sudah tidak bermaya untuk membuat persembahan teater atau drama lagi.

Aku. Dimana aku sekarang ni? Perjalanan mana yang aku ikut? Soalan yang paling penting yang aku selalu tanya. Apakah cita-cita aku yang sebenarnya?
Dulu, zaman primary, aku pernah bercita2 nak jadi polis. aku pernah cakap dgn mak aku yang aku nak jadi scientist!. Waktu secondary, aku pernah berbohong pada cikgu yg cita2 aku nak jadi soldier. ahhhaa!!!! Bila nak masuk poly, pakcik kenalkan aku pada IT. Beliau kata IT adalah perkara yg penting buat masa akan datang ni. jadi aku masuk lah infocomm technology. tapi cita2 aku bukan nak jadi IT specialist.
bila aku menonton cerita Anak Metro 1 dan Bara 3, aku rasa marah. kenapa cerita yg dorang buat tak bagus? sebenarnya jln cerita nya bagus, tapi dorang yg tambah2 kan benda mengarut kat dua2 cerita ni. dari situ, aku terbayang2 keseorangan. aku membayangkan diri aku membuat filem yg semua orang suka sangat menontonnya. Lalu aku buatlah filem tu menjadi drama yg ber-episod2 kerana penonton masih tidak puas untuk menonton cerita tu. Tiba2 aku berkata, "Aku nak jadi director."
di situlah mulanya cita2 aku memang real punya. memang itu yang aku nak jadi. jadi aku cari langkah2 untuk menjadi director. pertama aku nak kena tau berlakon. lepas tu aku nak kena tau pasal perfileman. Dan langkah lagi satu ialah, berlakon dlm cerita2 di Suria Channel, dan mungkin kat sana aku dapat chance untuk membuat drama aku sendiri! Waktu zaman BM, aku dipilih Hanisah untuk manjadi pelakon. Lepas tu, pelakon2 BM lari ke RA. Dan apabila bukak sekolah, aku dah jadi pelakon untuk NYP-MCG kerana BM tak mahu ada kena mengena dgn NYP-MCG lagi. aku telah berlakon sebyk 3 macam cerita. Dua cerita yg berbentuk drama-puisi dan satu lagi berbentuk teater 12 minit. tapi....nampaknya aku akan mati kat sini aje. sebab bekerja dgn 'orang atas' MCG sungguh memeritkan. sungguh menyakitkan hati. kerana 'orang atas' MCG... lagi2 bila 'orang atas' MCG masih kecoh2 dgn cerita konflik RA dan BM punya hal. No way i'm gonna work with NYP-MCG anymore. No more!
Mengenai cita2 aku pulak? haiz..... nampaknya aku kena cari cita2 yang baru pulak lah.

23 February 2004

let see... apa cerita yang aku nak ketengahkan at blog aku ni.............hmm. Ah yes. K-Amin kawan sekolah secondary aku dulu. kita sama kelas waktu sec1 dan sec2. pastu bila aku kat poly, dia masuk sama kelas ngan aku kat PADA (pendidikan asas daru asyomiddin) madrasah mingguan. tapi dah lama gitu, aku dah dan dia dah tak sekolah kat sana lagi, abih dia pun masuk NS, jadi tak dengar berita dari dia lagi. tapi tiba2, baru2 ni dia call aku, dia dah nak abis NS aku rasa tapi dah pass out lah agaknya. dia call aku berbual2 ngan aku. the thing is, dia nak berbual2 ngan aku, aku tak kisah sangat, tapi jgn lama2 lah. tapi lama2 pulak kita berbual. baru ari ni, dia sms aku, dia tanya aku free tak mlm ni........Aduh! aku tak rapat sangat ngan dia tapi dia nak rapat ngan aku. aku tak biasa macam gitu sak. kalau pompuan, takpelah. abih dia nak ugut aku pulak. aku kata aku kluar ngan kawan2 aku mlm ni. abih dia kata,"get your friends to join me then...ok? at clarke quay mrt, see you guys ok, Great!" aku belum cakap apa2 dia dah kata mcm as if aku dan kawan2 aku akan jumpa dia kat sana. nampak sah mengugut dan cuba nak mempermainkan aku tu. aku bukan orang lemah macam dulu. apa orang kata aku ikut, kerana tak mau sakitkan hati mereka. sekarang aku dah boleh berfikir jauh. aku sorang yg akan decide apa aku nak buat. apa orang kata, itu dorang peh pasal.

13 February 2004

aku dapat tau bahawa, NYP, dua2 team, tak dapat masuk Gema Puisi 2004. aku kesiankan dorang. aku tak akan katakan yg pelakon2 yg bagus tak perform sebab tu kalah, sebab aku tak tau kenapa dorang kalah. aku rasa macam nak bebual dgn hanisah punya team mengenai competition tu. tapi aku malulah, mana tau dorang masih tgh sedih ke...

tadi kat NYP ada open house. Shida datang ke sana dan aku jadi tour guide dia lah. tak byk benda yg ada kat open house. Game2 punya tempat semua mengarut. Dah lah gitu, orang2 dia yg main game2 tu semua. apa sak. abih aku dapat saksikan persembahan silat nyp. Komen: ramai orang yg involves, byk dari budak2 baru. koriografi lawan antara Ed dan 3 budak lelaki begitu baik sekali walaupun at the end, satu lawan satu ada lambat sikit. bunga2 Mizi was beautiful. budak2 baru (yg pompuan) dapat buat jurus wajib dan agak baik tapi jurus tunggal ada sikit inconsisten. the whole silat show was too long. nasib baik yg 3 lawan 1 pompuan punya part kat tgh2 show, kalau tak orang mungkin dah balik dah. sebab aku dapat rasakan bahawa dorang gunakan terlalu lama masa. unless dorang buat show panjang untuk stage play baru ok, seperti Martial Arts Day atau hari raya show. sebab show tadi, orang2 semua berdiri dan matlamat dorang adalah untuk berjln2 kat NYP. jadi show mesti dlm jangkaan 5 minit sudah memadai. seperti show yg aku dan budak2 silat pernah buat kat SEG canteen. most of it lawan2. 5 minit show. anyway, great job silat NYP! oh yer, not forgetting, the live paluan was a good idea, same idea used in Martial Arts Day 2004! Nice job guys!

10 February 2004

the final bandage comp at jurong green CC last saturday. clockwork seven didn't get anything. not even a consolation prize, cause there were so many good and talented bands. but i realise, bands that play kind of heavy and aggresive, like us, didn't win anything. well usual, pop music or music that don't hurt your ears controls the world now. apasal aku cakap bahasa omputih ni? ok takpe. anyway, aku sedih jugak tapi yg bagusnya kita dapat experience dari comp ni. ada beberapa yg harus diubah suai band ni. nama band nak kena tukar, sebab ada orang ni panggil kita S club 7!!!alamak sakit hati ah. kita perlukan lagi satu gitaris untuk mencantikkan lagi lagu2 kita. Man ada cakap pasal vocalists kita, bahawa dorang memang tak boleh nyanyi. well, aku percaya itu kita boleh memperbetulkan. mungkin lebih kan Rap ke, atau nyanyi takde tuning ke, i dunnoe... tapi yg pasti, tanpa dorang dua, band kita tak boleh bergerak. sebab memang dah lama kita perlukan vocalists.

06 February 2004

semalam aku gi main LAN gaming kat ang mo kio ngan man, rizal dan rueben. first kita main jedi knight. game nya sama macam unreal tournament, bunuh kawan2 kau untuk dapatkan points. sape bunuh lebih byk dia menang. boring! jedi knight bunuh orang bukan saja pakai tembak2 tapi pakai jedi punya laser sword (tak tau nama betulnya ape) untuk lawan orang... kinda cool... but stilll the game is boring! aku tak suka ah main mcm gitu. lagi best counterstrike. game nya consists of 2 teams fighting each other dgn menembak orang2 nya sampai mati. kan gerek tu.

pastu kita main Generals: zero hour. malas aku nak bagi byk2 details mengenai permainannya, aku summarize aje. satu part tu aku dapat gunakan bomb trucks untuk menghapuskan rueben punya power plants, best! terrorists yg kat dlm technicals pun memainkan peranan yg kuat dgn menghapuskan oil derricks dan patriot missiles. tapi, GLA punya Antrax bomb betul2 tak berguna. itu benda khas untuk membunuh soldiers aje...sucks....seperti biasa, Man menguasai permainan. dgn menghancurkan kesemua black market aku, aku terus tak berduit. tiba2 rueben datang dgn army nya untuk menghapuskan aku, tapi aku terus surrender. aku tak mau dikalahkan oleh rueben, buat malu aje. lagipun defense aku tak kuat, buat ape nak lawan balik. so army dia menuju ke arah Man. dia hapuskan Man punya power plants untuk tutup patroit missiles nya dgn menggunakan particle cannon. tapi Man ada artillery yg tak menggunakan kuasa elektrik. jadi sikit2 tank rueben dihapuskan. tiba2 datang Man punya comanches, 9 comanches tiba! habis kesemua tanks rueben, dia punya avengers yg ada tiga aje, pun tak berguna walaupun dapat hapuskan dlm 3 atau 4 comanches je.

03 February 2004

pertama kali aku tonton cerita 'Ser Dewi Malam' kat Suria channel dua hari yg lepas, aku mula jatuh cinta dgn Jeslina Hashim. Cute giler! Tapi that's not the main thing i wanna talk about here. Cerita Seri Dewi Malam adalah satu2nya cerita yg telah membuat air mata aku mengalir. Walaupun sikit air mata aku, tapi aku cukup berpuas hati dgn ceritanya! cerita baik sak! Sedih pulak tu!