Afiqq Blog

31 October 2005

tak sabar nak raya

finally aku dah ada hard disk yg baru, 40GB. dah beli, terus pasang beb. but i had to face a few challenges. macam mana nak computer aku tu read hard disk aku? sebab di tak kluar kat windows aku. aku cari punya cari cara2 nak install slave hard disk kat internet, akhirnya aku dpt jugak info. rupa2nya nak kena 'fdisk' itu hard disk baru tu. pastu partition, pastu format.
speaker pun aku dah letak. so sekarang tinggal AGP card aje ni.

lagi 3 hari untuk raya. aku dah semangat ni. baju kurung terpaksa pakai yg last yr punya, tapi tu tak kisah lah. yg lama2 masih tetap lawar. mak aku baru start buat kuih. last minit habis! bilik aku ada beberapa gerobok aku kena bongkar kasi keluarkan barang2 yg tak pakai. aku masih keliru mana nak letak majalah Manja aku yg dah dikumpul sejak the first majalah dorang keluarkan sampai sekarang. aku ada satu tilam queen size kat dlm bilik. parents aku punya, sejak dorang beli katil abt 1 yr ago, itu tilam masih kat dlm bilik aku ni. dorang ingat bilik aku ni sotre kape? bukannya aku boleh pakai tu tilam. nak buat tidur puntak boleh, sebab berat, nak bentangkan kat dlm bilik tak muat. bukan tu ajer, dlm gerobok2 kat bilik aku ni ada bermacam2 langsir, bantal2 dan bermacam perhiasan kawin yg kita ada. dah macam store bilik aku ni. satu store tak cukup nak convert bilik aku pulak.

duit aku dah bagi mak aku. aku cuma ada $100++ ajer untuk spend. mcm tak perlu spend gitu kan. entahlah eh, pandai2 aku lah.

30 October 2005

Got Drugged!

akhirnya jari-jemari aku dapat berdansa sekali lagi. tak sangka, ada kalanya lagu yg tak biasa dimainkan, jari-jari aku masih tak lupa pergerakannya.
man, darny, hafiz dan aku sendiri, kembali sekali lagi di studio lee di sembawang, memainkan lagu2 yg sentiasa lekat di fikiran kita. trooper, fear of the dark, master of puppets, seek & destroy, semuanya kita hentam. bila aku dah rasa bass gitar tu, aku boleh rasa dia punya power, tapi tu sikit jer. bila dah start main lagu pertama, trooper, fuuyoh! macam kena inject dgn steroids gitu! mcm man cakap, music pun kira dah macam drugs jugak. bila dah rasa, naik stim. kat studio tu, of all the rooms, semua band main punk, emo rock. cara dressing pun tak mau kalah punya kes ah. macam anak2 orang kaya, padahal dorang tu semua MELAYU. kita aje sorang lain, main lagu heavy metal. kita pakai relak, kemeja biru, polo shirt putih, t shirt itam tapi logo kental. ape mau dressing2 ni semua. buang duit aje.

aku pergi ke NYP tgk budak2 practice drama, tarian dgn dikir. tapi aku focus on the drama side lah. so far aku tgk dorang makin baik. budak2 yg baru2 nak berlakon, dorang boleh berlakon, im impressed man. yg dah bagus makin bagus. cuma satu masalahnya dia punya skrips dan jalan cerita ajer. so aku cuba help out in giving some ideas ah kasi lagi cantik. yg penting aku tak mau tukar2 jalan cerita atau skrips dorang ajer. cos at the end of the day, im just an audience ajer. aku cuma nak tolong2 aje. internal probs masih ada. tapi aku berbual2 dgn budak2 yg involved in it supaya jgn buat masalah tu makin teruk, instead huraikan dgn cara baik. hai... anak2 muda melayu ni, makin agresif. senang marah, tak tau nak relak, chill. ni semua salah emo punk. hehehehehe

23 October 2005

$65?! $55?! $48?! Mahalnya?!!!!

pagi tadi aku cari telur dan roti untuk dibuat santapan sahur. oleh kerana nasi takde, semlm pun takde lauk untuk dibuat sahur, aku masakkan lah roti telur untuk aku dgn adik lelaki aku. bapak aku mcm biasa lah makan telur setengah masak.
semlm aku gi geylang dgn mak bapak aku dgn adik lelaki. terlalu ramai orang yg datang. got one time kat malay village orang ramai sgt sampai terhimpit2 dgn orang depan dan tepi2 aku. terpaksa kitorang keluar dari malay village tu. kalau tidak kita mati.

sampai kat Perses, mak aku duduk kat tempat kedai makan yg ada stage. ada pelawak2 local yg sedang bernyanyi kat sana. jadi sementara mak aku rehat, kita yg lelaki2 ni gi cari lah baju kurung. bapak aku gi kat lorong yg kedai2 lama punya, oklah mungkin baju2 dorang kes old skool abis, tapi murah. adik aku dpt lah cekak musang warna lite brown, $29 ajer. "sendiri bikin sendiri jual" kata si apek tua tu. kat dlm Perses, aku ada nampak telok belanga yg warna coklat. ada satu tu $65. yg satu tu $55. yg lagi satu kedai kat luar Perses punya, $48. mampos!!!! takde ke $30?!!! walaupun $48 tu murah, aku tak nak beli. mak aku dah ckp beli ajer nanti menyesal. dgn harga yg tidak berpatutan tu, dah tu takde warna coklat, buat ape aku nak beli? takpelah, kalau tak dpt jugak telok belanga warna coklat yg berharga $30 ke bawah, terpaksalah aku pakai kurung2 lama. oh abih aku nampak suhaila salam, tgh peluk cik sal boleh, mcm kecoh2 gitu, org ramai tgk kan. aku tgk gitu2 jer. tapi dress biru yg si suhaila pakai lawar ah. memang pandai melawar lah dia.

sebelum nak balik tu aku gi beli burger special $2. sekali aku terdgr orang panggil 'wak! wak!' aku buat bodoh ajer. sekali dia nyanyi, "wak kedondong! wak kedondong! wak kedondong!" aku kenal dgn irama tersebut. zul silat ler, yg ada kedai makan kat east coast tu, dia peh kedai rupanya.

20 October 2005

cari harta, nak abby, jumpa kwn lama

ada satu ni gal yg telah mencairkan hati aku tiap kali aku kerja mlm. dlm kul 1pagi gitulah aku bukak tv channel tv3. citer ni dipanggil Mango TV. tu pompuan nama dia abby. dia peh kerja duduk kat kerusi ajer, bebual. tu citer mcm kasi soalan abih kitorang kena jawab via sms or call. tapi tak taulah citernya memang start pagi2 buta ke?

tiap kali aku bukak internet, lepas aku chk frenster, email blog2 kawan2 aku, aku tak tau nak buat ape lepas ni. its like there's nothing special in the internet. dunno wat to surf. so i just switch it off, aku bukak winamp, dgr lagu2 slayer, kreator and other metal songs, then aku kemas bilik aku. so far gerobok aku yg ada 5 tingkat, 2 tingkat aku dah clear. rasa macam sedap pulak kemas2 ni. macam2 barang2 lama boleh jumpa. tu yg gerek tu. mcm aku tgh korek harta2 yg telah lama tersimpan, mcm treasure hunt cuma yg ini aku tak tau ape harta yg aku nak cari.

oh yah, recruit2 baru masuk dari BRTC. response specialist course and fire-fighter course. aku tgh nak buka puasa kat cookhouse. ramai betul budak2 botak ni dgn tray dorang line up untuk makan. sekali ada orang tegur aku lah, pakai t-shir putih, tu kirakan dia response spec ah. ler... asran ah siul! eheheh. boleh terjumpa pulak si mat ketot tu. tak sempat ah bebual sgt but its great ah dpt jumpa kawan lama kat academy.

18 October 2005

kanchiong

kunci hilang, aku yg kena. sebab aku yg pegang kunci tu. tinggal satu kunci aku kena cari. cari ajelah. ni lah keja aku. padahal kerja senang tau. tapi budak2 yg ambik kunci yg menyusahkan kita. kalau dorang tak return kunci, kita cari dorang sampai dapat. alamak... buat aku kanchiong ajelah.

dorang kata aku kerja kanchiong. biasalah aku.

alamak... aku da takde citer lah. idup aku ni kadang2 boring. sebab tulah. tapi kalau aku citerkan citer2 yg lebih personal, memang lagi gerek. tapi kat blog, no way man.

16 October 2005

soup Siam

aku gi makan kat Siam Kitchen kat lot 1 dgn ops orderly rota mate aku, farhan. sedap beb! aku mkn beef noodle soup. soup dia bukan sembarang soup. memang sedap soupnya. aku ingatkan mangkuknya kecik, sekali besar lah dia bagi! dlm ada mee dgn tauge, dan beef balls. fuyooh. kawan aku ambik nasi goreng, normal ajer. tapi tu soup memang best. inilah kali pertama aku makan tempat yg mahal2. sekali dlm sebulan ape salahnya kan. dah tu makan dgn jantan pulak. takpelah lagipun kawan aku tu dah nak ORD. so mite as well spend time with him more pun orait jugak kan. $15 dibelanjakan untuk diri aku.

15 October 2005

telok belange

aku cari2 baju kurung telok belange tak byk yg ada kat geylang. yg ada cuma kat 2nd chance, tapi kainnya tebal, pakai gerenti boleh lose weight punya. baju kurung cekak musang boring ah sebab dah biasa sangat. telok belange lebih oldskool. dulu time aku kecik2 nenek aku biasa buat telok belange untuk aku dgn adik aku. tapi sekarang dia malas. aku rasa aku nak kena persuade dia buatkan untuk aku satu. untuk aku ajer sorang, takkan lah tak boleh kan.

ada ke satu baju ni plain tapi kilat, $78?! mampos... paling murah $30. mahal sangat ah. aku nak cari $20 and below aje. tapi aku rasa gerenti takde. apelah geylang ni...

14 October 2005

nak nyanyi lagu raya

i played lagu2 raya with my gitar just now. aku terpaksa nyanyi pelan2 sikit, takut nanti nenek aku kata aku ni buang tebiat, baru seminggu lebih puasa, dah start nyanyi lagu raya. heheh. bila aku nyanyi lagu favorite aku, pulanglah dari aisyah, mengalir sikit air mata. sayu beb lagunya. liriknya pun meaningful.................

ingatkan nak cantikkan bilik aku ni. tapi nampaknya harta2 karun yg disimpan di laci2 dan gerobok yg beraneka color tidak dpt dibuang, terpaksa lah setakat bersih2kan bilik ajer. nak cat bilik? tak payah suah. nak tolak tarik gerobok2 ni aje dah menyusahkan.

aku dah dapat gaji. so its time for IT shopping spree man! this time i'm gonna make sure i'll get what i want in my wish list. except Seoul Garden ah... tu nanti2 boleh.

. speaker $ 24
. AGP card $160
. hard disk $ 85
-----------------
$269
-----------------

Gaji $310
Products - $269
-----------------
$ 41
-----------------

aku rasa... beli speaker dulu ajelah.

12 October 2005

Tgk Citer Ape?

kerja malam kita tgk citer Bara. pastu kita bukak VCD tgk Metallica Live kat Germany. baik.. seluruh badan aku bergoyang. pastu NCO kita belikan murtabak untuk kita. baik ah, sedap betul murtabak free.

talking about VCD kan, kalau kita nak tgk vcd dgn kawan2, citer2 apa yg korang selalu tgk? action? hantu? romance? comedy?
kalau akulah, aku prefer tgk citer2 komedi. sebabnya? kita boleh ketawa ramai2, bersuka-ria dan enjoy. pernah aku tgk dgn kawan2 citer Constantine. ngantuk siul. Batman Begins, lagi mcm nak tidur. action movies tgk kat wayang lagi bagus, tak guna tgk kat tv, tak stim. romance? haaa, citer romance pun actually boleh tgk jugak tau, cuma takut ada kawan2 yg takde perasaan, nanti naik ngantuk pulak. dah tak best kan tu macam. sebab tu komedi jugak bagus. unless kalau kawan2 kita ada yg langsung tak suka ketawa, tak suka joke, haaa tu mcm peh orang aku rasa tak wujud ah dlm dunia.

11 October 2005

Dah Nak Arwah

setiap kali aku main gitar aku, lepas beberapa lines aku nyanyi, terus hilang mood. mungkin kerana lagu yg aku nyanyikan terlalu jiwang.

basikal aku dah nak arwah. pedal kiri nya tercabut semasa aku kayuh kat tepi sungai bt panjang. abih hari jumaat aku nak gi masjid kat bangkit rd tu, pedalnya dah rasa longgar. aku hentikan kat bawah blok berdekatan dari masjid. bila nak balik tu, aku kayuh pelan2. sampai kat jalan raya berdekatan fajar road, aku kayuh laju2 sebab turun bukit kan, sekali tercabut pedal aku kat tepi jalan raya. terpaksa lah aku tolak basikal aku tu ke rumah.

macam mana ni, basikal dah nak arwah, gitar aku punya strings pun dah nak arwah. jangkaan yg terbaik, dlm dua minggu terakhir bulan ramadan. sebab itu time lah aku sibuk mendendangkan lagu2 raya. computer aku ni pulak, aku macam nak arwah kannya saje. pop-ups masih wujud. dah tu dia suka hang2. memang nak kena hang sama aku ni satu hari.

bantal peluk aku jugak best. tak pernah nak gaduh dgn aku, tak pernah nak tinggalkan aku, kalau aku nak buat ape2 dgn dia, dia tak menolak. cuma aku rasa aku nak kena jemurkan dia kat luar lah, tak tau lah berapa byk liter air liur dah bertakung kat dlm. maklumlah sekarang singapura nak membasmi penyakit denggi, jadi kita kena hapuskan tak kira mana2 lah nyamuk2 aedes ni boleh memberut dan merebak.

09 October 2005

Apa Masalahnya Ni?

kalau ada keresahan atau perkara yg agak rumit untuk dibicarakan, jangan disimpan dihati. ia boleh memakan diri.
tetapi kalau ada keresahan atau perkara yg agak rumit terhadap seseorang, jangan berdiam diri. kerana bukan saja diri kita yg termakan, tetapi orang itu juga akan termakan dirinya.

aku tak cakap pasal daging kambing ke dendeng madu eh. aku cakap pasal masalah. tak kira masalah kecil maupun besar. masalah boleh merosakkan kehidupan kita kalau dibuat bodoh atau tidak ditangani. tetapi kalau kita ada masalah terhadap seseorang, terpaksa ditangani bersama2 beliau. barulah hidup kita senang, tak payah nak difikir2kan sampai ia boleh membebankan kehidupan kita.

kalau masalah kita tu kecil, kita rasa boleh saja letak ketepi dan mudah-mudahan ia akan hilang. tu tak betul eh, masalah kecil bila disimpan lama2, boleh menjadi besar. lagipun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

08 October 2005

jgn buka kat kedai kopi, dorang masak sembarang je

dah dua hari aku kerja malam kat cda. buka kat sana sekali. kerja mlm kat cda memang senang, tv ada, boleh main vcd lagi. malam pun boleh tidur.

waktu night duty, aku lepak kat luar ops room dgn budak comms satu dgn partner aku, mcm2 kita bebual. semalam tu fire fighting course ada POP. dia kata ramai chicks turun. bila aku turun dari bus nak masuk cda pun ada dlm 3 chicks yg turun dari bus. kawan aku kata, boleh tahan ramai chicks2 tersebut, most of them pakai macam nak pergi clubbing. ah baguslah tu. heran jugak mana si budak fire fighters ni kutip pompuan ni semua eh?

semlm tu aku gi makan kat geylang. seperti biasa, kalau kita beli makan time nak buka, dorang masak sembarangan. nasi aku macam keras2 gitu. tapi nasib baik teh gajah dia sedap. lepas buka tu, kita jalan kat tepi bazar near malay village. lepas beli dendeng, terus menuju ke spore post punya mcdonald's lepak kat sana ajer. malas ah nak jalan2. duduk lepak dgn kawan2 lama lagi best. kalau aku nak gi jalan kat geylang pun, aku akan gi dgn family aku ajer, biar sikit orang dan biar pergi dengan orang yg ada duit, seperti bapak dan mak aku, hehehehe, baru syiok jalan kat geylang.

nampaknya andayu akan membuat hari raya konsert. kita budak2 drama sedang memikirkan cerita apa nak buat untuk sketsa komedi. aku akan tolong2 lah buat cerita ke, datang practie ke, tapi aku tak akan involve in the show lah sebab aku kerja malam on dat day itself. macam sedih pun adalah sebab i will miss the fun ah. everytime ada show pasti syiok punya. especially part camping kat nyp.

05 October 2005

puasa - buka kat rumah lagi baik

dlm senyap2, bulan puasa pun dah tiba. tadi lagi sikit aje aku terlajak makan sahur sampai ke subuh. sebab aku macam ingat2 lupa yg imsak belum lepas lagi.

nampaknya, tahun ni andayu tak akan berhari raya dgn teater produksi. tapi kita beraya dgn berkonsert pula. dah lama tak buat konsert kita. since the last hari raya, kita buat teater produksi. pastu lagi satu teater produksi di pertengahan tahun. jadi kini kita tukar angin sikit lah.

u know the best thing about bulan puasa? berbuka ramai2 dgn sahabat handai dan keluarga dan saudara-mara, solat terawih pastu lepak dgn kawan2. can't wait to do all dat ;)
aah? Geylang? hmm... tu memang tak boleh miss lah. but no way i'm gonna break my fast there. sebab kalau dah ramai sangat orang makan kat kedai2 kat geylang tu, tak kira lah kat mana2 kedai kopi, bila dah ramai orang, mesti dorang nak masak cepat2 betul tak? so dorang gerenti masak sembarang ajer, yg penting, makan cepat siap. kalau tu macam buat ape nak makan? beli makan setakat nak buka puasa, tak kira sedap atau tidak, gitu? orang melayu mana ada tu macam? dari segi makan, orang melayu lebih penting kan quality dari quantity. kalau masak sembarang, orang tak akan datang lagi lah. tu pasal quality ah. ada jugak yg masak lokek2. pinggan maha besar, makanan mcm nak bagi kucing makan gitu. dorang ingat kita ni ape? mat yoyo?

k k, jangan nak marah2 fiq. selamat berpuasa.
kepada andayu, good luck guys, semoga korang dpt menjayakan hari raya show dgn baik.